NGO berlumba-lumba ucap tahniah kepada Dr Mazlee

Pemilihan Dr Mazlee disambut baik oleh NGO Islam.

Para pertubuhan Islam hari ini berlumba-lumba mengucapkan tahniah kepada Dr Mazlee malik atas pemilihan beliau sebagai Menteri Pendidikan oleh kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagi mereka, Dr Mazlee adalah calon yang tepat untuk jawatan itu selepas ia dilepaskan oleh Dr Mahathir.

Persatuan Integrasi Insaniyah Malaysia (PIIM), merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Mahathir atas jiwa besar beliau menerima dengan terbuka pandangan balas rakyat, lalu dengan pantas menarik semula perlantikan diri beliau sebagai Menteri Pendidikan.

Persatuan itu juga mengucapkan tahniah atas pemilihan Dr Mazlee dengan menyifatkan beliau dikenali sebagai seorang yang miliki sahsiah yg sangat baik serta ahli akademik yang selalu trampil dengan pelbagai idea baru dan segar dalam usaha perubahan & reformasi pendidikan negara.

“Justeru, dengan perlantikan ini, bagaikan sirih pulang ke gagang,” kata timbalan presidennya, Bahrom Abu Bakar.

Ahmad Azam Abd Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) juga mengucapkan tahniah kepada Mazlee.

“Wadah berpandangan pelantikan ini adalah amat tepat dan sesuai selaraskan dengan hasrat kerajaan Pakatan Harapan untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini,” kata Ahmad Azam.

Seluruh rakyat dinegara ini telah memberi kepercayaan kepada kerajaan baru bagi menterjemahkan misi pendidikan yang cemerlang dan terbilang dan penuh harapan tinggi menuju Malaysia baharu, katanya.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) juga merakamkan setinggi terima kasih kepada Tun Mahathir yang menarik balik pengumuman beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan semalam.

Reaksi Tun Mahathir jelas menunjukkan komitmen kerajaan baharu Persekutuan bagi melunaskan segala janji yang termaktub Dalam manifesto Pakatan Harapan pada PRU-14, kata Presiden PKPIM, Muhammad Khair Bin Sujud.

PKPIM melihat pelantikan YB Dr Maszlee adalah suatu penghargaan kepada seluruh ahli akademik bagi sama-sama terlibat dalam usaha mengangkasa bidang pendidikan di Malaysia, katanya.

Sehubungan itu, PKPIM juga menggesa beberapa perkara berkaitan pendidikan negara seperti Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU 1971), Akta 174 dan Dual-Language Programme dikaji semula serta-merta.

“PKPIM juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Menteri Pendidikan Baharu dan pihak-pihak yang terlibat bagi memastikan Sistem Pendidikan Negara bertambah baik dan kondusif untuk kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)