NGO desak kerajaan hidupkan semula pertandingan tilawah dan taranum di sekolah

NGO desak kerajaan hidupkan semula pertandingan tilawah dan taranum di sekolah

Persatuan Qari, Qariah Negeri Kelantan hari ini menyerahkan memorandum ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya bagi membantah tindakan kerajaan membatalkan pertandingan tilawah al-Quran peringkat sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan program Sijil Tinggi Taranum al-Quran tahun ini.

Pengerusinya Che Norddin Che Hussin menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai khas Perdana Menteri, Nik Hussein Nik Ali.

Beliau berkata, memorandum tersebut diterima dengan baik dan berharap kerajaan mengkaji semula pembatalan tersebut.

“Mohon tidak diulangi kesilapan lalu, saya rasa dengan sentuhan yang sedikit sahaja iaitu kerajaan perlukan hanya RM7juta untuk selamatkan imej al-Quran.

“Kita harap kerajaan dapat menyalurkan dana kepada Jakim ‎sebelum terlewat. Kerajaan perlu aktifkan semula program ini.

“Besarnya harapan kami, agar kerajaan mengumumkan bahawa program itu diteruskan pada malam ini, bersempena dengan Majlis Penutup Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan di Putrajaya malam ini,” katanya kepada media.

Sebelum itu, kira-kira 40 ahli persatuan berhimpun secara aman di hadapan bangunan pejabat perdana menteri dengan berpakaian hitam.

“Pembatalan tilawah al-Quran akan menyebabkan hilang semangat al-Quran di sekolah.

‎”Kami trauma dengan peristiwa yang berlaku dahulu, apabila kerajaan pada masa itu membatalkan pelajaran Jawi dalam kurikulum sekolah di Malaysia, apabila dibatalkan akhirnya masyarakat Malaysia Islam buta jawi.

“Akhirnya akan bawa impak yang besar iaitu buta al-Quran, itu yang berlaku, jadi kalau program al-Quran dibatalkan kami takut perkara yang sama akan berlaku dan ini sangat merugikan umat Islam di Malaysia,” katanya.

TAGS

COMMENTS