NGO gesa Menteri Kewangan perincikan mengenai pelaksanaan SST bukan minta penjelasan BN

NGO gesa Menteri Kewangan perincikan mengenai pelaksanaan SST bukan minta penjelasan BN

Hizatul Isham Abd Jalil

Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia mahu Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaskan dengan terperinci bagaimana Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) benar-benar tidak membebankan rakyat dengan kenaikan harga barangan di pasaran.

Presidennya Hizatul Isham Abd Jalil mendakwa menteri kewangan dan kerajaan sedang melakukan cubaan melepaskan diri dan lari daripada tanggungjawab kepada rakyat.

“Kenyataan YB Menteri Kewangan dan Kerajaan Pakatan Harapan adalah suatu cubaan melepas tangan dan lari dari tanggungjawab.

“Sepatutnya pihak Kerajaan dan Menteri Kewanganlah yang perlu menjelaskan berkenaan dengan SST ini kerana ia adalah dasar mereka dan bukan dasar pihak Pembangkang (Barisan Nasional).

“YB Menteri Kewangan dan Kerajaan perlu menjelaskan bagaimana SST sebanyak 10% untuk barangan dan 6% untuk perkhidmatan yang baharu diperkenalkan oleh Kerajaan kini memberi impak kepada kenaikan kos sara hidup rakyat dan ketirisan kutipan cukai kerajaan,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan semalam yang merujuk Umno dan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta menjelaskan bagaimana SST boleh membebankan rakyat berbanding GST.

Ini kerana Umno mendakwa melalui SST kerajaan akan menjana RM21bilion berbanding RM44bilion yang dikutip daripda GST di bawah BN.

Guan Eng dalam kenyataannya, menerangkan  CukaiJjualan pada kadar antara 5 peratus dan 10 peratus digunakan untuk produk dikilangkan dan produk tertentu yang diimport dan bukan semua produk, berbanding GST.

Bagi Cukai Perkhidmatan 6 peratus, beliau berkata ia digunakan untuk perkhidmatan tertentu dan bukan semua perkhidmatan, berbanding yang dikenakan oleh GST.

Guan Eng juga berkata Cukai Jualan dikenakan ke atas harga kilang dan harga import, manakala GST dikenakan ke atas harga peringkat akhir yang dibayar oleh pengguna.

“Oleh itu adalah salah untuk mendakwa Cukai Jualan 10 peratus lebih tinggi daripada cukai GST pada 6 peratus,” kata Guan Eng.

Kenyataan Kementerian Kewangan itu juga menyebut kerajaan melalu bantuan perunding cukai dan firma perakaunan Pricewaterhouse Coopers (PwC) akan membantu kerajaan merasionalisasikan kutipan cukai dan piawaian pelaporan untuk memastikan SST lebih efisyen daripada GST dan juga SST yang terdahulu dilaksanakan BN.

Pwc kata kementerian kewangan lagi juga akan memastikan SST yang akan dilaksanakan pada 1 September depan lebih muda, ringkas dan mampu mengelakkan kebocoran cukai.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote