Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
NGO Islam hantar memorandum, bersolidariti di kedutaan AS, Iran
Seorang kanak-kanak Iran yang turut bersoladariti di hadapan kedutaan Iran.

NGO Islam hantar memorandum, bersolidariti di kedutaan AS, Iran

MALAYSIADATELINE FOTO:WAN ZAHARI WAN SALLEHJanuary 7, 2020 1:01 pm




Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di negara ini mendesak Kerajaan Amerika Syarikat (AS) tidak melakukan tindakan berlebihan mencampuri urusan dalaman negara di Timur Tengah khususnya di Iran.

Ini susulan insiden pembunuhan Komander tentera Iran,Jeneral Qassem Sulaimani pada 3 Januari lepas.

Menurut Pengerusi Gabungan NGO Muslim Datuk Mahmood Abdul, NGO Islam di negara ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan AS ke atas Iran.

“Tindakan-tindakan Amerika yang kejam menunjukkan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

“Amerika Syarikat telah melaksanakan tindakan peperangan dan kekejaman neo imperialisme melampau yang boleh membahayakan kehidupan manusia sejagat.

” Kami mengutuk sebarang tindakan keganasan antarabangsa yang membahayakan keamanan dan keselamatan dunia,” ujarnya.

Ngo Islam yang hadir  menghantar memorandum bantahan di Kedutaan AS   terhadap tindakan  kejam ke atas kematian Qassem Sulaimani.

Sebelum itu NGO Islam ini telah menghantar memorandum kepada kedutaan AS sebelum menuju ke kedutaan Iran.

NGO Islam terbabit adalah Persatuan Permata Angkatan Perpaduan Islam (MAP); Persatuan Insan Mandaling (Horas); Persatuan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM); Persatuan Kita Pilih Damai Dan Perpaduan (KIPIDAP); Kesatuan Melayu Nasional (KMN);Ikatan Relawan Insan Muslim Malaysia (IRIM); Pertubuhan Kebajikan Sejagat( Sejagat); Kesatuan Keamanan Bantuan Antarabangsa Malaysia(Bantu); Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia Sejagat (PKMS) dan; Serumpun Malaysia.

Di kedutaan Iran kehadiran ramai warga Iran dan NGO Islam melahirkan kekesalan dan kesedihan dengan insiden pembunuhan Sulaimani di hadapan kedutaan Iran hari ini.

Datuk Mahmood Abdul mengucup gambar Qassim Sulaimani menyatakan kesedihan dengan insiden berlaku.

Kamil Zuhairi Abd Aziz (kiri)  membacakan ikrar sokongan kepada kerajaan Iran

Sebahagian daripada warga Iran yang menetap di negara ini turut bersama bersoladariti atas kematian Qassim Sulaimani

 

 

 

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production