Malaysia Dateline

NGO mohon dibenarkan edar makanan dan barangan keperluan asas

Pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) hari ini merayu agar kerajaan memberi pelepasan kepada mereka untuk mengedar makanan dan keperluan asas kepada golongan memerlukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan.

Dalam satu kenyataan bersama NGO-NGO berkenaan berkata, pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) terkesan dengan pengumuman oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri bahawa NGO-NGO kini tidak dibenarkan mengedar makanan kepada golongan berisiko.

“Kami sedar betapa seriusnya situasi yang kini melanda negara, dan kami memberi komitmen sepenuhnya untuk membantu kerajaan untuk bersama-sama melawan Covid-19 dan menghentikan penyebaran virus ini.

“Pada masa yang sama, mungkin wujud kekurangan kesedaran terhadap berapa banyak komuniti dan golongan berisiko yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakkan (MCO), dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan barangan keperluan asas termasuk makanan.

“Golongan-golongan yang terkesan termasuk golongan B40, golongan miskin di bandar dan luar bandar, rakyat yang telah hilang punca pendapatan akibat MCO, golongan tua, golongan yang tidak boleh ke luar rumah, orang sakit, anak yatim, orang asli, pekerja asing, pelarian, dan ramai lagi,” kata kenyataan itu.

Katanya lagi, kerajaan agaknya tidak mungkin ada senarai semua golongan berisiko yang memerlukan bantuan pada masa ini, atau mampu mengambil alih semua usaha kerja membantu komuniti-komuniti ini dengan segera.

Dasar sentralisasi yang dicadangkan ini dibimbangkan adalah hasil daripada perancangan yang kurang efektif dan kurangnya pemahaman tentang permasalahan yang dihadapi oleh golongan miskin, katanya.

“NGO-NGO tidak wujud untuk menggantikan peranan kerajaan, atau memburukkan nama baik kerajaan. Konsep #KitaJagaKita bukan berhasrat memberi apa-apa implikasi bahawa kerajaan gagal dalam mana-mana usaha – ianya hanya menekankan bahawa krisis ini cukup parah sehingga semua rakyat Malaysia diharuskan memikul tanggungjawab untuk menjaga kebajikan satu sama lain.

“Kami merayu agar kerajaan memberi pelepasan kepada NGO-NGO untuk mengedar makanan, perubatan, dan keperluan lain meneruskan usaha mereka secara selamat dan bertanggungjawab, sambil memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak kerajaan dan mematuhi garis panduan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Kami yakin NGO-NGO terlibat akan terus mengambil langkah-langkah yang sepatutnya demi menjaga kesihatan dan keselamatan termasuk mengguna pembersih tangan, memastikan penjarakkan sosial, dan menghadkan nombor pekerja yang terlibat kepada yang diperlukan sahaja,” tambahnya.

Ujar kenyataan itu, krisis ini menjejaskan kehidupan ramai rakyat Malaysia dan kita semua perlu bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat yang bersatupadu.

Berikut adalah senarai NGO-NGO berkenaan:

ALIRAN
Al-Hasan Volunteer Network
Bersih 2.0
Beyond Borders Malaysia
Buku Jalanan Chow Kit
Cahaya Society
Childline Foundation
Community Development Centre (CDC)
Crisis Relief Services and Training (CREST) Malaysia
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
Development of Human Resources for Rural Areas (DHRRA), Malaysia
ENGAGE
Faith Free Market
Gerak Malaysia
Global Shepherds
Good Shepherd Services
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Kajang Pastors Fellowship (KPF) Foodbank
Kechara Soup Kitchen Society
KL Urban Fellowship
The Lost Food Project
Malaysian CARE
Malaysian Dravidian Association
NGOhub
Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia
PERTIWI
Pertubuhan HOPE Selangor
Pertubuhan Pembangunan Kebajikan dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED)
Pertubuhan Sikh Naujawan Sabha Malaysia
Pertubuhan Sukarelawan Harapan Malaysia (MOVE MALAYSIA)
Philandure
Projek Wawasan Rakyat (POWR)
The Pit Stop Community Cafe
PT Foundation
Pusat Jagaan Kanak-kanak Epileptik Klang
Pusat KOMAS
Refuge for the Refugees
Ruth Education Centre
SUARAM
Tanma Federation
Telugu Association of Malaysia
Tenaganita
Toy Libraries Malaysia
Treat Every Environment Special (TREES)
Yayasan Foodbank Malaysia
Yayasan Kajian dan Pembangunan Masyarakat