Malaysia Dateline

NGO Royalti Kelantan sokong pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara

ROYALTI Kelantan (R Kelantan) menyeru semua pihak tidak mengapi-apikan sentimen perkauman dalam perlantikan pegawai kerajaan yang membabitkan bidang teknikal sebaliknya ia wajib dilihat atas merit bukan perkauman sempit terhadap pelantikan Peguam Negara Tommy Thomas.

Presiden R Kelantan Nazri Deraman berkata, Malaysia hari ini memerlukan seorang Peguam Negara yang pakar, berani, berkelayakan dan berpengalaman luas serta pada masa yang sama seorang pejuang untuk mendepani dan menyelesaikan isu-isu penindasan.

“Isu penindasan seperti bayaran tunai petroleum (royalti) negeri-negeri pengeluar minyak, 1MDB, ketirisan projek-projek mega, rasuah berprofil tinggi, pembunuhan berprofil tinggi dan sebagainya.

Presiden R Haji Nazri Deraman
Nazri Deraman

“Manakala perkara-perkara yang sering ditakuti dan diperbesar-besarkan seperti hak-hak keistimewaan Melayu sudah terjamin dalam Perlembagaan Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai perkenan YDP Agong Sultan Muhammad V untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara hari ini bagi mengantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Perlantikan ini sudah pastinya memberikan harapan tinggi kepada rakyat Kelantan dan Terengganu untuk medapatkan hak mereka yang dinafikan sekian lama iaitu Royalti.

“Sesungguhnya isu Royalti ini terlalu kompleks untuk difahami dengan pelbagai alasan yang telah direka oleh rejim BN sebelum ini.

“Diharpkan En Tommy Thomas merupakan orang paling memahami dan menguasai isu ini.

“ROYALTI Kelantan mengucapkan TAHNIAH dab selamat maju jaya kepada pejuang Tommy Thomas,” ujarnya.

Sebagai rekod regim BN terlalu berkuasa, negeri majoriti muslim dan Melayu iaitu Kelantan dan Terengganu ditindas melalui penafian bayaran royalti petroleum, hampir tiada pihak yang sanggup berdepan dengan keadaan sedemikian untuk membawa penindasan tersebut kepada proses mahkamah.

Ketika inilah, Tommy sanggup bersama kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Pada tahun 2001, Tommy bersama kerajaan Terengganu (Pimpinan Pas) memikul cabaran ini. Satu kes saman difailkan di mahkamah. Kes berlangsung dengan penuh sukar. Regim BN terlalu berkuasa. Pada tahun 2010 Tommy sekali lagi bersama kerajaan Kelantan (Pimpinan Pas).

Mewakili Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada jam 9.45 pagi, 30 Ogos 2010, satu fail saman dikemukakan bagi melawan penindasan regim BN. Perbicaraan kes ini masih berterusan sehingga ke hari ini.

Salah satu rekod penghujahan Tommy ThomasĀ  boleh dilihat di link ini :