NGO wakili mangsa tahanan Sosma sokong debat Hanipa dan Zahid diadakan

Oleh MALAYSIADATELINE

Sebuah NGO yang mewakili keluarga tahanan Sosma menyatakan pendirian mereka menyokong cadangan dilontarkan Timbalan Menteri (Undang-undang) Mohamad Hanipa Maidin untuk mengadakan debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai Rang undang-undang Akta Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma)

NGO Desak Sampai Mansuh Akta Zalim (DSM) itu, juga menyokong baik keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memansuhkan Sosma.

Pengerusi DSM Mahathir Abdul Rahman berkata, mangsa keluarga tahanan Sosma membantah kenyataan dikeluarkan Ahmad Zahid pada Isnin, yang mengatakan perbicaraan di mahkamah dilakukan selepas 28 harijauh lebih baik dari Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

” Ketua Pembangkang (Ahmad Zahid) menyatakan tujuan penggubalan (Sosma) adalah bagi menjaga ketenteraman awam daripada anasir yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, tidak langsung menyentuh soal politik individu.

“Namun, ianya tidak bertepatan seperti apa yang diperkatakan oleh Ketua Pembangkang berkenaan.

“Ketika kerajaan terdahulu memegang tampuk pemerintahan, mereka turut menahan Maria Chin iaitu Ketua Aktivitis Berish pada ketika itu di bawah Akta Sosma. Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang juga ditahan di bawah Akta SOSMA atas keberanian mereka mendedahkan skandal 1MDB.

“Adakah ini bukan satu tindakan cubaan ‘menutup mulut’ bagi menggelapkan pandangan rakyat ke atas kebenaran yang didedahkan oleh mereka yang menyentuh soal ketelusan politik negara dan skandal 1MDB pada ketika itu,” soalnya dalam kenyataan.

Malah soalnyanya lagi, adakah dengan mengekang perjumpaan mangsa Sosma dengan pihak peguam boleh dikatakan perbicaraan di mahkamah melibatkan Akta SOSMA ini adil dan telus malah lebih baik dari ISA?

“Di manakah hak asasi manusia sebagai tahanan pada masa itu jika mangsa tidak langsung diberi akses bertemu peguam bagi peluang membela diri?

“Di manakah hak asasi manusia sebagai tahanan pada masa itu jika mangsa tidak langsung diberi akses bertemu peguam bagi peluang membela diri?

“Kenapa ada sesetengah pihak harus takut dengan kebebasan bersuara yang kononnya mengancam keselamatan negara di era internet bebas ini? Bukankah sekarang masih lagi boleh bebas bersuara walaupun berada di pihak pembangkang bagi menyuarakan pandangan dan pendapat,” ujarnya.

Akta Sosma ujarnya lagi, banyak disalah guna oleh kerajaan terdahulu dengan hanya menangkap individu atas dasar syak wasangka dan tanpa bukti. Sedangkan bila dibawa ke mahkamah, tiada langsung bukti yang menunjukkan mangsa terlibat.

“Namun, atas dasar paksaan dan desakan daripada pihak polis ketika ditahan selama 28 hari , mangsa dipukul, didera dan ditumbuk dengan sewenang-wenangnya oleh pihak polis dan dipaksa menandatangani dokumen.

“Apabila dibawa ke mahkamah, dokumen itu diterima pakai biarpun atas dasar paksaan. Adakah ini definisi perbicaraan mahkamah yang adil bagi pandangan mata Ketua Pembangkang?,” dakwanya.

Justeru beliau turut mempersoalkan hanya rakyat marhaen dan berpendapatan rendah sahaja yang dikenakan di bawah akta ini.

“Mengapa jika anak VVIP yang dikenakan Akta ini dibebaskan tanpa perbicaraan? Apakah akta ini hanya laku dan digunapakai kepada golongan bawahan sahaja? Golongan atasan lepas bebas begitu sahaja walaupun kesalahan mereka jauh lebih berat. Apakah akta ini hanya untuk mengenakan rakyat, bukan pada golongan VVIP? Jadi di mana keadilan yang dilaungkan oleh pihak pembangkang terhadap akta ini?,” soalnya lagi.

Pada Ahad Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Sosam undang-undang kontroversi yang diluluskan pada 2012 oleh BN.

Namun pada Isnin Ahmad Zahid berkata, cadangan kerajaan PH membatalkan Sosma akan membuka lebih banyak ruang provokasi antara kaum dan agama melalui pelbagai saluran media sosial,

Beliau berkata parti itu memandang berat logik di sebalik cadangan pemansuhan akta itu yang digubal untuk menjaga ketenteraman awam daripada anasir yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara dan tidak langsung menyentuh soal politik individu.

Semalam Ahli Parlimen Sepang Mohamad Hanipa mencabar Ahmad Zahid untuk berdebat isu Sosma dengan mencadangkan agar RTM menyiarkan program debat itu secara langsung.

BacaMP Sepang cabar Ketua Pembangkang debat