Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Dafi kini muncul di TikTok dengan merakam aksi dirinya menari.
Menerusi akaun TikTok @dafiismailsabri, dia memuat naik dance cover (tarian semula) bagi tontonan ramai.
“Another dance cover, ye tau lidah dengan muka kemut tu. Terima seadanya dulu, video seterusnya kita kawal peng-ULAR- an itu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Namun bekas peserta Akademi Fantasia itu dikritik bukan hanya kerana tarian tetapi baju yang dikenakan tidak sesuai.
“Kadang-kadang bakat terpendam tu lebih baik ianya kekal terpendam,” komen Saiful Suhaimi.
“Tarian tiada masalah tapi baju perlu ditukar,” komen Heli.
“Bila bapa kau kena pecat, jadi kau terpaksa buat TikTok demi kelangsungan hidup,” tambah pengguna TikTok.
Setiap individu ada hobinya tersendiri, tidak kiralah apa jawatan si bapa. Tidak perlu mengkriti individu atas kesalahan orang lain.
Baca juga: Umur 95 tapi ingatan macam orang muda, nenek ini kongsi rahsia elak nyanyuk