Tular satu video di mana seorang lelaki memarahi beberapa penjala ikan kerana memancing di Sungai Pahang.
Umum tahu segala ikan di dalam sungai bukanlah milik peribadi meskipun memiliki tanah berhampiran sungai.
Malah tidak boleh menghalang orang untuk memancing atau menjala ikan hanya kerana alasan memberi makan kepada ikan di sungai tersebut.
Video tersebut dimuat naik pengguna TikTok, hello81 yang terkejut dengan kehadiran tuan tanah.
“Tengah seronok menjala ikan, tiba-tiba tuan tanah datang marah-marah, siap ‘claim’ ikan kat sungai Pahang tu dia bagi makan,” ujar pemilik video di ruangan kapsyen.
Tuah tanah memaklumkan dia memberi ikan di sana makan maka dia ada hak untuk mengambil semua ikan yang dijala.
“Tak kira sikit banyak, kawe (saya) nak ambil ikan. Ini hak kawe, sebab kawe hari-hari bagi makan,” ujar tuah tanah sebelum mengambil jala yang ada di sana juga.
Rata-rata netizen tidak memahami mengapa tuan tanah yang dilihat terlalu melebih kerana mengambil semua ikan yang dijala.
“Kalau ikan dalam sangkar tu fahamlah. Kalau dalam sungai liar milik mereka yang berjaya menangkap ikan. Semua tu hak dan pinjaman Allah.
“Sejak bila tanah sungai ada pemilik. Bukan ke kalau rizab sungai tidak boleh ada hak milik
“Dia bukan menjala atas tanah dan kau rampas tangkapan di. Kesian pak cik tu cari rezeki,” antara komen netizen.
Baca juga: Jangan main-main isu nafkah, suami wajib beri walaupun isteri jutawan – Ustaz Azhar Idrus”