Ni rupo jambatan BN tuk, nak engkah apo lagik kali tuk? soal Abang Kerdee

Ni rupo jambatan BN tuk, nak engkah apo lagik kali tuk? soal Abang Kerdee

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, penduduk kampung di Beting Maro, sekali lagi diberikan harapan agar jambatan yang mereka perlukan benar-benar dibina kali ini.

Ini kerana, jambatan ini sudah dijanjikan sejak tahun 2000 iaitu menjelang PRN 2001, namun sehingga kini ia kekal tinggal janji saja.

Menurut bekas calon Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, pada tahun 2001 iaitu menjelang PRN tahun itu, batu asas untuk membina jambatan ini telah dibuat oleh kerajaan negeri, namun menjelang 2006 masih belum siap lagi.

Empat tahun selepas itu, iaitu pada tahun 2005, kontraktor mula meletakkan pasir-pasir ke kawasan pembinaan di samping memasang dinding di kawasan pembinaan.

Namun empat tahun kemudian, ia masih belum siap bahkan pembinaan belum bermula.

Pada tahun 2010 iaitu menjelang PRN 2011, jentera-jentera berat mula dibawa masuk dan pasir serta besi-besi cerucuk mula dipasang.

“Dah nak masuk PRN 2016 tuk oi! Ni rupo ‘Jambatan BN’ tuk? Nak engkah apo lagik kali tuk?” tulis Abang Kerdee dalam posting beliau itu.

Menjelang pilihan raya ini, sekali lagi jentera BN datang ke Beting Maro. Kali ini mereka membawa tong-tong biru untuk menangani keperluan air bersih di kampung ini.

“Orang kampung mahu air bersih, namun dekat pilihan raya BN bagi tong biru. Terima kasihlah orang memberi, kita ambil. Tetapi air tiada macamana nak guna air. Tunggu air hujan tak turun-turun,” tulis Penolong Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) itu dalam akaun facebooknya.

Untuk itu, Abang Kerdee mengingatkan pengundi Sarawak, “Kali tuk benar kito ngajar sidak yo nyo!”

TAGS