Banyak kisah sedih ditularkan netizen yang prihatin bagi membantu mereka dalam kesusahan namun ada juga mengambil kesempatan atas kebaikan orang ramai.
Tular di Facebook, kisah mengenai seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dikatakan rebah selepas mendengar khabar kehilangan isterinya.
Emma Oshin memuat naik status di Facebook dengan rasa kasihan tentang lelaki yang tidak ada duit tambang untuk pulang ke rumah.
“Dia kata bantuan OKU RM200 sebulan tak cukup, Ada anak usia 8 bulan,” ujar Emma.
Difahamkan lagi, individu berasal dari Kelantan yang memiliki kad OKU terbabit baru datang ke Kuala Lumpur bagi mencari kerja.
“Modus operandi ni dia dah biasa buat, tipu orang sana sini. Banyak pinjam Ah Long,” tambahnya.
Ramai netizen yang prihatin telah menyalurkan bantuan kepada lelaki terbabit namun kisah sebenar terbongkar dek kerana ahli keluarganya sendiri.
Segala kisah sedih tersebut cumalah rekaan semata-mata di mana isterinya masih hidup dan mereka tidak mempunyai bayi berusia lapan bulan seperti yang dikatakan.
Emma mengetahui kebenaran tersebut hasil pemberitahuan keluarga Nazri sendiri.
Pastikan cerita yang anda terima sahih terlebih dahulu sebelum berkongsi di media sosial, agar tidak terpijak oleh golongan penipu.