Nik Abduh dakwa Amanah parti malang kerana pemimpin, ahli pemberontak

Nik Abduh dakwa Amanah parti malang kerana pemimpin, ahli pemberontak

Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz mendakwa semua pemimpin dan penyokong Amanah adalah dikalangan pemberontak desa dan kampung yang mendakwa diri mereka sebagai reformis atau ‘mujahid’ dalam masyarakat tetapi hakikatnya adalah jauh sekali.

“Mereka sebenarnya memberontak terhadap usaha reformasi dan islah yang sedang bergerak secara harmoni di kampung dan desa.

“Ia digerakkan oleh Pas dan sudah pun berlaku sejak sekian lama. Kerana sifat gopoh dan bersikap ‘profesor google’, mereka merasakan ia proses yang amat lambat.

“Bagi mereka, hari kiamat bila-bila masa akan berlaku di Malaysia, tetapi tidak di Amerika dan barat. Ajaran mabuk DAP itu telah menikam-nikam saraf, otot dan urat-urat halus otak mereka. Mereka kekejangan melihat Pas yang ‘cool’ berhadapan ‘The Apocalypse’ ciptaan DAP itu.

“Mereka memberontak terhadap Pas dan seni dakwahnya,” ujarnya dalam tulisan di facebook hari ini.

Nik Abduh berkata, di Kelantan, sebahagian besar mereka sudah pun lama tersisih daripada menjadi jentera Pas.

“Mereka ini lancang sekali mulut mereka mengkritik dan mendakwa bagai…bagi mereka, seorang sahaja yang betul iaitu Tok Guru Nik Aziz (Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat).

“Sehari dua ni mereka jumpa seorang lagi iaitu Tun Mahathir. Entah dadah ‘flakka’ apa yang DAP bagi makan sampai otak jatuh ke lutut.. Tok Guru Nik Aziz dan Tun Mahathir telah menjadi satu… Uhh mengerikan.

“360 sendi-sendi ciptaan Allah dalam tubuh mereka telah membengkak diserang gout, lalu menjadi kaku dan tak boleh digerakkan dengan sempurna lagi. Kanak-kanak di kampung menamakan mereka ‘Zombi Kampung Pisang’. Menarik ditonton awalnya, tapi lama-lama membosankan.

“Saya lihat di kampung dan desa, mereka terpencil kerana asyik berkempen menjual ‘sumbu’ bagi menghadapi ‘The Last Days’ of Malaysia itu.

“DAP ‘The Saviour’ pula akan segera datang membawa cahaya baru bersinar-sinar buat Malaysia yang terhasil daripada percikan neon-neon malam pesta arak di seluruh negara,” ujarnya.

Nik Abduh berkata,sebahagian ahli Amanah datang dari Ikram dakwanya lagi, yang dianggap dedalu dalam sejarah gerakan Islam Malaysia. Hubung kait bekas ahli Pas dengan ahli Ikram ini adalah sama.

Beliau juga berkata antara Amanah dan Ikram pakar dalam ‘fiqh al waqi’ al Malizi’ dan seni ‘tanzil al nushus’ di Malaysia. Kedua-duanya mendakwa Pas gagal kerana tidak memahami aspirasi rakyat Malaysia yang sebenar.

“Begitulah mereka (Amanah dan Ikram) seiya sekata sehati sejiwa. Selamat bertempurlah.. Van-van mayat DAP sedang menunggu tu.

“Antara matlamat besar PAN sebelum melangkah ke Putrajaya ialah menghancurkan Pas. Mereka menyambung cita-cita Umno yang telah pun lama berkubur sejak zaman Tun Mahathir. Betul-betul mereka ini telah menjadi anak butir taik Tun Mahathir.

“Mereka menunggu dan terus menunggu. Itu pungguk merindukan bulan namanya.. ‘Last-last’, bulan pun serabut tengok muka mereka. Pergi meninggallah,” ujarnya dalam nada keras.

3.8
OVERALL SCORE
: 9.0
5 user votes x 2.8