Nik Abduh jangan jadi tongkat Najib

Nik Abduh jangan jadi tongkat Najib

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz tidak harus terus menjadi tongkat kepada Perdana Menteri yang kepimpinannya semakin tempang akibat rasuah dan pembaziran.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ahli Parlimen Pasir Mas itu kononnya skandal rasuah dan pembaziran pada masa ini adalah kesakitan lama yang diwarisi sejak zaman pentadbiran Tun Mahathir.

“Nik Abduh tidak seharusnya terus membutakan mata dan memekakkan telinga dengan kes-kes rasuah terutama yang melibatkan Perdana Menteri.

“Kenyataan beliau tersebut dilihat senada dengan saranan Perdana Menteri yang mahukan siasatan skandal Forex dijalankan sedangkan siasatan skandal 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri terus dilindungi sehinggakan tidak dibenarkan untuk dibahaskan di Parlimen,” tegasnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Nik Abduh itu seolah-olah melindungi rasuah dan pembaziran berbilion ringgit yang sedang dilakukan oleh pentadbiran negara pimpinan kleptokrat global Datuk Seri Najib Razak. 

“Negara hari ini berhadapan krisis korupsi global yang amat kritikal apabila skandal 1MDB menjadi subjek siasatan autoriti beberapa buah negara sehinggakan DOJ (Jabatan Kehakiman) Amerika Syarikat mendedahkan Perdana Menteri adalah MO1 (Malaysian Official 1) yang telah mencuri RM2.6 bilion. 

“Di samping itu, pendedahan SPRM bahawa terdapat 63 penjawat awam yang dituduh untuk tempoh 2016 hingga Februari tahun ini adalah satu angka yang besar dan begitu membimbangkan, apatah lagi lebih 60 peratus kes rasuah melibatkan pegawai muda bawah 40 tahun,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Faiz berkata, indeks persepsi rasuah negara yang merosot dari tangga 54 ke 55 yang dikeluarkan oleh Transparency International amat memalukan negara. 

“Tangkapan pegawai kanan kerajaan termasuk dalam kes pegawai di Jabatan Air Sabah, Kementerian Belia dan Sukan dan Exco Johor yang melibatkan rampasan jutaan ringgit wang tunai dan barangan mewah menunjukkan gejala rasuah adalah penyakit negara yang sudah membarah.

Menyifatkan agenda ‘Tumbang Najib PRU14′(TN 14) adalah perjuangan paling utama bagi menyelamatkan negara, beliau berkata, jenayah rasuah yang dilakukan oleh pemimpin negara dan penjawat awam hari ini tidak boleh lagi dibiarkan.

“Rakyat harus bersatu melawan gejala ini daripada terus menghancurkan negara. Kemajuan negara dan pembangunan insan tidak akan tercapai jika negara dicemari dengan gejala rasuah kerana integriti adalah teras sesuatu kejayaan,” tambah Faiz lagi.

COMMENTS

Wordpress (0)