Nik Abduh ucap tahniah pada Anwar

Nik Abduh ucap tahniah pada Anwar

Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan hari ini.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh keluarga di atas pengampunan penuh oleh DYMM YDPA yang membawa kepada pembebasan beliau daripada penjara.

“Semoga segala kesukaran dan kepedihan yang dihadapi berganti kemudahan dan kebahagiaan.

“Teruskan perjuangan ke arah Malaysia yang lebih baik,” ujarnya.

Anwar,71, hari ini dibebaskan tanpa syarat oleh Lembaga Pengampunan Diraja setelah diperkenankan Sultan Muhammad V .