Nik Amlizan dilantik Ketua Eksekutif LTAT yang baharu

Nik Amlizan dilantik Ketua Eksekutif LTAT yang baharu

Nik Amlizan Mohamed dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan-Perbadanan LTAT baharu menggantikan Tan Sri Lodin Wok Kamarudin, berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata keputusan itu dibuat pada satu persidangan membabitkan Lembaga Pengarah LTAT pada 30 Ogos lalu.

“Saya bersetuju dan menetapkan Lodin meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif LTAT dan Ahli Lembaga PengarahPerbadanan-Perbadanan LTAT berkuat kuasa mulai 7 September 2018.

“Saya juga bersetuju di atas syor Lembaga Pengarah LTAT untuk melantik Nik Amlizan menggantikan Lodin menggalas tanggungjawab dua jawatan itu berkuat kuasa pada hari sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Nik Amlizan pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau (KWAP) dan Pengarah Jabatan Ekuiti KWAP.

CATEGORIES
TAGS