Nik Nazmi, Fahmi Fadzil antara calon AMK  PRU14

Nik Nazmi, Fahmi Fadzil antara calon AMK PRU14

(dari kiri) Ahmad Fahm Mohamed Fadzil,Sandrea Ng Shy Ching, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Raymond Ahuar.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan barisan empat calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Empat barisan calon AMK bagi Fasa Pertama itu telah diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang diadakan di Pusat Khidmat Rakyat  PKR di Setiawangsa Kuala Lumpur malam ini.

Mereka terdiri daripada Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad,36, yang telah memenangi kerusi negeri selama dua penggal pada 2008 dan 2013 dipilih sebagai calon.

Naib Ketua AMK yang juga Pengarah Komunikasi PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil,37,turut  dicalonkan.

Calon tunggal wanita AMK dipilih Naib Ketua AMK Perak Sandrrea Ng Shy Ching,36, yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye.

Dan calon AMK dari Sabah diwakili Naib Ketua AMK Pusat merangkap Ketua AMK Sabah Raymond Ahuar,33 tahun. Sebelum ini Raymond pernah bertanding di kerusi Parlimen Pensiang dan kerusi negeri Nabawan di Sabah.

Bagi mengisi kerusi Parlimen dan Negeri AMK telah menghantar 60 nama calon untuk dibincangkan di peringkat pusat. Namun dimaklumkan calon AMK hanya mengisi kuota bagi 30 peratus calon PKR yang akan bertanding di semua kerusi Dun dan Parlimen pada PRU14 kali ini.

PKR akan mengumumkan nama-nama calon AMK dalam beberapa fasa lagi yang akan di adakan di peringkat negeri dan akan mengumumkan barisan nama calon bagi  kawasan Parlimen dan Dun seluruh negeri yang akan ditandingiPKR secara rasmi selepas pembubaran Parlimen.

Majlis pengumuman calon AMK fasa pertama itu diumumkan sempena sambutan 19 tahun penubuhan PKR pada 4 April 1999 dengan nama yang didaftarkan sebagai Parti Keadilan Nasional sebelum menukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat.

Turut diadakan ialah pelancaran lagu dan klip video  kempen oleh AMK  Pusat dalam menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi yang dirasmikan oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

 

 

 

7.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 8.0
CATEGORIES
TAGS