Nik Omar Nik Aziz calon PH Chempaka

Nik Omar Nik Aziz calon PH Chempaka

Anak lelaki sulong bekas Menteri Besar (MB) Kelantan. Nik Omar Nik Aziz akan menjadi calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Cempaka, Kelantan.

Menurut sumber dari Kota Bharu, perkara ini diputuskan lewat malam tadi di pejabat PH Kelantan.

“Ya Nik Omar akan bertanding di Chempaka, kerusi yang pernah diwakili ayahnya sebelum ini,” kata sumber dari Kota Bharu.

Ketika mengumumkan barisan calon PH di Kelantan baru-baru ini hanya nama Mohamad Omar diumumkan tetapi tidak ada sesiapa naik ke pentas memperkenalkan diri.

“Memang sengaja dibuat begitu,” kata AJK AMANAH Kelantan yang tidak mahu disebutkan namanya itu.

PH juga menukarkan calonnya di Dun Kijang ekoran isu laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Namun sehingga kini namanya belum dapat disahkan.

6.8
OVERALL SCORE
3 user votes x 9.0