Nilai dagangan Malaysia-Turki cecah AS$3.5 bilion – Dagliolu

Nilai dagangan Malaysia-Turki cecah AS$3.5 bilion – Dagliolu

Penolong Ketua Pelaburan di Pejabat Presiden Turki, Ahmet Burak Daglioglu berkata nilai dagangan Malaysia dan Turki ketika ini mencecah US$3.5 bilion, lapor agensi berita Anadolu pada Rabu.

Beliau berkata sekarang adalah masa terbaik untuk mencapai lebih banyak pelaburan bersama antara Malaysia dan Turki.

“Kami sedang berusaha untuk mewujudkan satu platform bersama bagi menerangkan potensi pelaburan yang besar di Turki kepada pelabur Malaysia.

“Turki (kini) menerima pelaburan Malaysia berjumlah US$900 juta dan berharap menarik lebih banyak lagi daripada jumlah itu,” katanya kepada Anadolu selepas perjumpaan dengan Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Safa Kavakci di sini pada Rabu.

Daglioglu mengetuai delegasi pelaburan Turki ke Malaysia bagi merapatkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Kavakci berkata terdapat banyak usaha bagi menggalakkan ahli perniagaan Malaysia melabur di Turki serta meningkatkan jumlah dagangan antara kedua-dua negara.

— BERNAMA