Malaysia Dateline

Nilai ringgit merosot sejak Belanjawan 2022 dibentang, kata Kadir

Nilai ringgit Malaysia ketika ini bergerak lemah, jatuh kepada RM4.21 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS).

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata, kadar tukaran ringgit Malaysia semakin merosot sejak Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz membentangkan Belanjawan 2022.

“Nilai ringgit jatuh harga barang naik. Sejak Tengku Zafrul bentang Belanjawan 2022, kadar tukaran ringgit terus merosot,” katanya dalam satu hantaran Facebooknya pagi ini.

“Pada hari Belanjawan 29 Oktober lalu, nak beli duit Amerika untuk import makanan, kena bayar RM4.14 bagi setiap satu dolar.

“Hari ini kena bayar RM4.21 bagi satu dolar. Doa kena disertakan dengan usaha yang kuat dan tahap kepandaian yang tinggi,” tambahnya di ruangan komentar.

Nilai ringgit bagi 25 November 2021. Gambar dari Facebook Kadir Jasin