Nilai semula kos, keuntungan  syarikat asing dalam pemilikan aset jana kuasa elektrik, kata  Adun Permatang Pasir

Nilai semula kos, keuntungan syarikat asing dalam pemilikan aset jana kuasa elektrik, kata Adun Permatang Pasir

Kerajaan disarankan agar  dapat menilai semula kos dan keuntungan disebalik pemilikan sesetengah aset jana kuasa elektrik negara oleh pihak asing seperti Edra Power Holdings Sdn Bhd selain daripada membatalkan perjanjian pembelian kuasa elektrik atau ‘Power Purchase Agreement (PPA).

Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pauh Faiz Fadzil, berkata, keputusan  dibuat oleh  Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin  membatalkan empat perjanjian PPA baru-baru ini. dilihat sejajar dengan desakan yang telah dibuat oleh Pemuda AMANAH pada 3 Julai yang lalu.

Pemuda AMANAH mendesak supaya kerajaan menyemak semula semua PPA agar industri penjanaan kuasa elektrik negara dapat menjadi lebih mampan serta pada masa yang sama menjaga kepentingan rakyat.

Bagaimanapun  katanya,  penilaian semula amat penting dilakukan bagi memastikan keselamatan negara (national security) terjamin.

“Pemuda AMANAH amat berharap agar penilaian ‘costs & benefits’ Edra Power Holdings serta sebab-sebab pembatalan PPA akan dibentangkan secara terbuka oleh kerajaan untuk tatapan umum.

“Adalah diyakini semakan semula semua PPA ini akan dibuat secara adil dan telus, sebaliknya bukan untuk menghukum pihak-pihak tertentu atas sebab politik, ” ujarnya.

Beliau merujuk kepada  IPP kedua terbesar Malaysia – Edra Power Holdings Sdn Bhd  yang telah dijual pada 2015 oleh kerajaan BN kepada sebuah syarikat China, China General Nuclear Power Corp (CGN).

Beliau ditemui ketika program turun padang menemui penduduk di Bukit Indera Muda dan Pengkalan Tambang, Permatang Pasir semalam.

Faiz Fadzil (dua dari kiri) ketika menziarahi warga emas di Pengkalan Tambang semalam.

Faiz yang juga Timbalan Ketua Pemuda AMANAH  juga berkata, semakan semula adalah untuk mencapai terma-terma perjanjian yang lebih adil untuk negara maupun rakyat dalam negara ini.

Sarannya lagi, apa jua perjanjian yang tidak menguntungkan rakyat harus disemak semula sepertimana yang telah dijanjikan oleh PH sebelum ini.

“Tindakan yang diambil oleh kerajaan diharap dapat mengurangkan caj elektrik yang terlalu membebankan.

“Pemuda AMANAH berpendirian bahawa semakan semula PPA yang dilakukan secara holistik akan menjanjikan penjimatan yang amat bermakna dan signifikan.

“Ia juga memberi mesej kepada semua pihak bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan tetap berpegang pada janjinya untuk mentadbir negara berlandaskan keterbukaan dan tidak ‘double standard,” ujarnya.

 

 

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS