Nissan bakal gulung tikar, banyak kenangan dengan jenama kereta ini

Oleh ROSLAN ZAMAN

Siapa yang tidak kenal dengan jenama besar kereta, Nissan. Pengeluar kereta dari Jepun itu sudah lama bertapak di negara kita. Di mana sahaja kita memandu pasti melihat kereta dari jenama Jepun ini di atas jalan raya.

Namun hari ini, jenama Nissan dikatakan sudah menemui jalan mati untuk menyelamatkan syarikat. Ini berikutan prestasi kewangan yang semakin kritikal dan dikatakan hanya boleh bertahan 14 bulan sahaja lagi, seperti disahkan oleh dua ekskutif dari syarikat itu.

Ditambah lagi dengan jualan kereta yang semakin merosot sejak kereta China muka menguasai dunia. Ribuan pekerja Nissan juga telah dibuang oleh syarikat.

Nissan kini hanya bergantung pada pasaran Jepun dan Amerika Syarikat dalam menjana keuntungan.

Demi kelangsungan syarikat terbabit, mereka dilaporkan sedang giat mencari pelabur jangka panjang baharu seperti kumpulan insurans besar atau bank untuk menggantikan beberapa pegangan ekuiti Renault.

Memetik dari thevocket, Nissan sebelum ini diselamatkan daripada kebankrapan pada tahun 1999 oleh Nissan, di mana sebanyak 36.8 peratus pegangan dibeli oleh Renault.

Namun pada tahun 2023, Renault mengurangkan sahamnya di dalam Nissan dengan berbaki 15 peratus sahaja.

Dalam masa sama, syarikat itu juga tidak menolak kemungkinan pesaing tradisinya, Honda bakal mengambil alih pegangan majoriti dalam syarikat itu disamping menandatangani perkongsiannya dalam pembangunan EV jangka panjang.

Perkara ini dikuatkan lagi Renault juga sedang mempertimbangkan penjualan sebahagian pegangan sahamnya kepada Honda.

Pembuat kereta Perancis itu dilaporkan sedang menyusun semula pakatan 25 tahunnya bersama Nissan.

Syarikat terbabit turut mengatakan perkongsian Honda-Nissan yang lebih besar bakal memberi impak positif ke atas syarikat Renault.