Nizar pula cabar  Zambry, Exco isytihar harta

Nizar pula cabar Zambry, Exco isytihar harta

 

Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kader dan Exco Kerajaan Negeri Perak disarankan agar berani mengisytiharkan harta merekademi ketelusan dan mengelak perkara yang sama berlaku terhadap salah seorang Exco Kerajaan Negeri Johor baru-baru ini, kata Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jaluddin.

“Dikhabarkan, Menteri Besar Negeri Johor serta semua Exco Kerajaan Negeri Johor akan mengisytiharkan harta mereka.

“Ini bagi mengelak perkara yang sama  berlaku terhadap salah seorang Exco Kerajaan Negeri Johor yang telah diheret oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Mahkamah.

“Amanah Perak menyambut baik sikap Menteri Besar Johor serta semua Exco Kerajaan Negeri Johor yang berani mengisytiharkan harta,” ujarnya.

Amanah katanya lagi bukannya  mengambil sikap mencabar kepimpinan Kerajaan Negeri Perak bertindak mengisytiharkan harta, jika sekiranya  mereka adalah seorang yang ‘bersih’ yang tidak terjebak dengan unsur rasuah selama ini.

“Bagi Amanah Perak, kami bersama kepimpinan Pakatan Harapan (PH) jika diberikan mandat untuk memerintah Negeri Perak akan mengarahkan semua Exco Kerajaan Negeri Perak untuk mengisytiharkan harta untuk memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa ketelusan adalah penting untuk semua kepimpinan,” ujarnya.

Desakan untuk Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled  Nordin dan barisan exco mengisytiharkan harta dicetuskan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang dipetik berkata langkah tersebut perlu dilakukan bagi memastikan pemimpin negeri bebas rasuah.

Kenyataan Salahuddin dibuat berikutan siasatan kes pecah amanah penukaran status hartanah bumiputera negeri Johor yang mana enam tertuduh untuk siasatan SPRM.

TAGS