Noktahkan regim kleptokrasi daripada kembali berkuasa PRU15

Umno-Pas yang kononnya membarisi anggota Muafakat Nasional, seringkali menjaja seluruh negara bahawa PH sebagai kerajaan sepenggal, bermula daripada hari pertama pembentukan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Umno khususnya, dikuti oleh Pas telah berusaha untuk mempengaruhi rakyat bahawa PH merupakan kerajaan sepenggal (soalnya kalau sepenggal, maka ini bermakna Umno-Pas benar-benar yakin bahawa mereka akan berkuasa?), pelbagai propaganda disebar semata-mata untuk merosakkan imej PH.

Pimpinan Pas umpamanya, mencanangkan bahawa PH lebih teruk daripada BN (apa yang teruknya tidak pula dijelaskan), seolah-olah 60 tahun BN berkuasa rekodnya dapat diatasi oleh PH. Tambahan pula dengan lima kekalahan PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), maka semakin galak Umno-Pas , menyerak cerita bahawa PH pastinya akan tamat riwayatnya pada PRU15, Umno-Pas dengan nada yang yakin, meneriak bahawa PRU15 adalah “milik” mereka.

Para pemimpin Pas, tanpa segan mengeluarkan “fatwa” bahawa PH wajib dijatuhkan, seolah-olah hukum wajib haram itu adalah hak mutlak mereka. Satu perkara yang nyata, Pas dalam setiap gabungan politik yang disertainya, sering kali gagal dalam menampilkan peranan berkesan sebagai “rakan gabungan,” sebaliknya lebih berfungsi sebagai liabilti daripada aset yang berharga, akan wujud konflik yang dicipta untuk menghalalkan tindakan.

Apa pun, terdapat dalam kalangan pemimpin Umno-Pas yang berhari-hari meratib supaya Parlimen dibubarkan atas alasan kononya kerajaan yang dikuasai oleh PH adalah tidak stabil, huru hara dan berkrisis sesama sendiri. Bermakna, dalam situasi apa pun, para pemimpin Umno-Pas sentiasa membina imajinasi diri untuk melarikan diri daripada realiti yang wujud bahawa kerajaan yang didokong PH telah bertindak dengan berkesan dalam aspek  tadbir urus negara.

Hakikatnya secara beransur-ansur telah dapat menarik keyakinan rakyat terhadap kredibiliti serta kewibawaan kerajaan dalam menanagai isu-isu berkaitan dengan rasuah dan penyeleweangan dana agensi awam. Umno-Pas akan terus membina imej “sumbing” terhadap pentadbiran kerajaan dengan membangkitkan pelbagai isu yang bercorak rekaan tanpa rujukan fakta konkrit, sebaliknya lebih bersifat andaian yang dibina hasil daripada kecurangan fikiran.

PH berintegriti bebas korupsi

Situasi ini telah terbukti dalam tempoh 20 bulan, PH masih tetap utuh dalam aspek integriti dan bebas unsur  korupsi, keadan ini merupakan pencapaian yang amat meyakinkan dalam usaha untuk melaksanakan perubahan tadbir urus dan sosio ekonomi bagi membebaskan negara daripada belenggu kleptokrasi yang telah merosakkan ekonomi  negara, khususnya berhubung skdandal IMDB.

Apa yang jelas  dalam konteks usaha untuk menghitamkan wajah PH, Umno-Pas secara tidak langsung telah membina konflik psikologi terkandas yang mmerangkap diri mereka dalam kancah isu perkauman dan konflik takfiri, terdapat dalam kalangan pimpinan Pas yang mendakwa penyertaan sebagai ahli PAS menjadi saluran taubat untuk mengahapuskan dosa (perhatian untuk ahli-ahli Amanah).

Namun demikian, kualiti tadbir urus negara oleh PH ternyata telah memberikan impak yang besar dalam konteks penilaian masyarakat antarabangsa khususnya terhadap usaha-usaha pembaharuan institusi serta sosio ekonomi yang telah dilakukan, indeks pencapaian negara dalam setiap bidang institusi sosial telah memperlihatkan peningkatan nilai yang ketara, ini memberikan gambaran bahawa negara hakikatnya sedang barada di atas landasan yang betul, sekiranya tidak ada gangguan yang kronik, usaha untuk membina semula negara akan menjadi realiti.

Laporan Bank Dunia berhubung dengan Indeks Kemudahan Menjalankan Peniagaan, Malaysia telah memperlihatkan berlakunya lonjakan daripada tangga ke 15 kepada tangga ke 12, bahkan dalam kalangan negara Asia, Malaysia kini berada pada kedudukan yang ke empat selepas Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan.

Daripada sudut lain pula, Malaysia juga telah mencatatkan peningkatan dalam aspek indeks persepsi rasuah, melonjak ke tangga 51 daripada tangga 61 pada 2018. Peningkatan ini tentuya berpunca dariapda usaha bersungguh yang dilakukan oleh kerajaan untuk membanteras segala bentuk penyelewengan dalam agensi-agensi pelaburan awam dan ketegasan kerajaan dalam mengheret mereka yuang terlibat dalam rasuah serta salah guana kuasa ke muka pengadilan.

Bahkan tindakan drastik kerajaan dalam merungkai skandal berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd (SRC), Felda dan Tabung Haji, telah mempertingkatkan kepercayaan umum terhadap keseriusan kerajaan dalam memelihara dana awam daripada dimanipulasi untuk kepentingan pribadi. Tindakan yang diambil oleh kerajaan ini adalah selaras dengan kandungan manifesto PH dalam PRU 14 lalu. Ini bermakna kerajaan telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta menyeluruh untuk melaksanaakan setiap butiran yang terkandung dalam manifesto PH.

Kesungguhan kerajaan dalam mempertahankan Kedaulatan Undang-undang (Rule of Law), tanpa memperlihat akan kecenderungan terhadap kepentingan kelompok, hakikatnya telah menyumbang kepada pengiktirafan World Justice Project (WJP) terhadap komitmen kerajaan untuk mewujudkan ketenteraman dan keselamatan awam serta memperkukuhkan pengabsahan terhadap proses pelaksanaan keadilan, juga jaminan kebebasan bersuara sebagaimana termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.

Keadaan ini tentunya bukan merupakan sesuatu yang menghairankan apabila berlakunya lonjakan terhadap indeks Kedaulatan Undang-Undang yang mencatatkan Malaysia berada di tangga ke 51 daripada 126 negara seluruh dunia. Pemboleh ubah Penilaian WJP dalam menentukan kedudukan indeks Kedaulatan undang-undang ini, umumnya  adalah merangkumi lapan aspek utama, iaitu kekangan terhadap kuasa pemerintah, ketiadaan rasuah, pemerintahan terbuka, status hak asasi, keamanan dan keselamatan, penguatkuasaan kawal selia, keadilan sivil dan keadilan jenayah.

Bermakna dengan berlakunya peningkatan indeks daripada tangga ke 56 kepada tangga ke 51, membuktikan bahawa tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan dokongan PH dalam usaha untuk mengekang segala bentuk pelanggaran undang-undang, prosedur dan peraturan telah memberikan impak yang besar kepada keutuhan moral negara. Perkara ini amat penting bagi memperlihatkan wujudnya komitmen serta usaha kerajaan yang sentiasa begerak di atas landasan yang tepat bagi memperkukuhkan integriti, berusaha bersungguh mengekang berlakunya penyelewengan serta penyalah gunaan kuasa atas kepentingan hak pribadi.

Apa yang jelas selepas berlakunya pertukaran kuasa pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) kepada PH, telah memerlihatkan wujudnya perubahan yang besar dalam pelaksanaan pembaharuan institusi serta merombak seluruh agensi kerajaan yang bermasalah, terutamanya dalam kalangan pengurusan agensi yang terlibat dengan penghakisan integriti serta hilang kebertanggungjawaban. Hakikatnya  kerajaan dokongan PH telah berjaya mengembalikan Malaysia kepada landasan perjalanan yang betul dalam konteks melakukan perkara yang betul pada situasi yang betul.

Selain daripada itu, indeks kebebasan media juga memperlihatkan wujudnya peningkatan kedudukan daripada kedudukan 145 kepada kedudukan 123, iaitu peningkatan seanyak 22 anak tangga, berada ditempat teratas dalam kalangan negara-negra Asia Tenggara. Peningkatan ini menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar berusaha untuk merealisasikan segala bentuk hasrat yang terkandung dalam maniefesto PH, khususnya bersabit dengan kewalan terhadap media arus perdana.

Realiti ini menunjukkan bahawa kerajaan telah berjaya menterjemah konsep kebebasan media secara praktis dalam konteks mendokong aspirasi demokrasi. Apa yang berlaku, media arus perdana di Malaysia, sedikit sebanyak mempunyai ruang untuk melaksanakana kewartawanan professional dalam laporan dan pemberitaan, ini tentutnya membantu menyerlahkan tahap intelektual rakyat Malaysia.

Apa yang jelas sehingga kini, belum terbukti media arus perdana telah dikuasai sepenuhnya oleh parti-parti politik berkepentingan kerajaan (khususnya daripada komponen parti dalam PH), sebagaimana berlaku sewaktu pemerintahan regim BN, sehingga membawa kepada terkuburnya Utusan Malaysia kemudiannya.

Propaganda Umno-Pas

Propaganda yang disebarkan oleh Umno-Pas , memperlihatkan bahawa wujudnya penolakan kebijaksanaan mereka dalam menilai tindakan-tindakan positif  yang telah dilakukan oleh PH dalam usaha untuk memperbetulkan pentadbiran negara setelah dirosakkan dengan pelbagai skandal kewangan sehingga menjerumuskan Malaysia kepada krisis pentadbiran dan pengurusan kewangan yang kronik.

Berleluasanya penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan meluasnya korupsi, sebagaimana yang berlaku dalam Tabung Haji, 1MDB, Tabung Haji, Felda, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang telah memberikan impak yang besar ke atas ekonomi negara dan juga kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap prospek pelaburan di Malaysia.

Keadaan ini dibuktikan bahawa pada tahum 2017 pelaburan langsung  asing telah jatuh 12.7 % iaitu kepada RM41 bilion, berbanding dengan RM47 bilion pada 2016. Namun menjelang akhir 2019, nampaknya kerajaan telah berjaya membawa kembali pelabur asing ke Malaysia dengan aliran masuk bersih sebanyak RM 53.31 juta.

Tahun 2017 merupakan kemuncak kepada pelbagai skandal kewangan, khususnya sepanjang berkaitan dengan 1MDB. Sehingga kini kerajaan terpaksa menanggung beban yang ditimbulkan oleh skandal 1MDB, menyebabkan segala bentuk perancangan pembangunan sosio ekonomi rakyat telah terpaksa diubah suai dengan mengmbil kira bebanan hutang, khususnya berkaitan 1MDB.

Dilaporkan bahawa kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM 9 bilion untuk membayar faedah (hanya faedah, bukannya pokok) yang disebabkan oleh skandal 1IMDB. Hakikatnya 1MDB tidak menghasilkan pulangan pelaburan yang meyakinkan, namun hutangnya sahaja berjumlah hampir 50 bilion, merupakan bebanan hutang yang merencat segala usaha untuk mempertingkatkan kualiti hidup rakyat. 1MDB dalam aspek “kejadiannya” adalah lambang berleluasanya rasuah, pecah amanah, penyelewengan, ketamakan, keborosan dan kebuasan nafsu serakah ekonomi.

Sungguhpun demikian, Umno-Pas kononnya atas dasar kedudukan mereka sebagai pembela kepentingan Melayu dan Islam, terus-terusan menyebarkan dakyah politik kononya  kerajaan tidak mempedulikan nasib rakyat bawahan, kononnya kerajaan anti Melayu, dikuasai DAP. Hantu DAP ini begitu kuat mencengkam imaginasi Umno-Pas , sehinggakan apa saja dasar yang dilaksanakan kerajaan, maka bagi Umno-Pas itu adalah kuasa DAP, betapa dangkalnya pemikiran politik Umno-Pas , memperlihatkan tohornya pandangan politik demokrasi Umno-Pas .

Hakikatnya  Umno-Pas telah bertindak umpama “api dalam sekam” membakar sentimen rakyat, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu, namun pada masa yang sama kedua-dua parti ini Umno-Pas , hilang “otak kritikal”nya apabila berhadapan dengan korupsi dan penyelewenagan yang berlaku sepanjang pentadbiran regim BN, bahkan Pas tidak pula menunjukkan “kejantanannya” dalam membangkitkan isu-isu bersabit dengan penyalahgunaan dana 1MDB, sebaliknya lebih bersikap mesra dengan regim BN.

Terkini, Pas khususnya menjadi “penyanjung” kepada feel perangai “bosskau,” sebaliknya menjadi penabur racun terhadap usaha tadbir urus PH, khususnya sepanjang berkaitan dengan dasar-dasar pembangunan dan kewangan negara. Situasi ini memperlihatkan bahawa Paslebih menggambarkan kelakuan yang disifatkan oleh Hamka sebagai “manusia yang ada hati tetapi tidak digunakan untuk berfikir.”

Berdasarkan realiti yang wujud maka adalah satu kezaliman untuk membiarkan regim kleptokrasi kembali berkuasa, mentadbir negara, khususnya pada PRU15. Hakikatnya  mengembalikan regim kleptokrasi sebagai penguasa, secara tidak langsung mencabar nilai intelektualisme rakyat Malaysia, serta mengaambarkan muflisnya pemikiran masyarakat Melayu amnya, lebih-lebih lagi dengan membiarkan kumpulan “agamawan sadis”  yang “bodoh tidak bertebing” untuk dijadikan subjek berkongsi kuasa. Kumpulan ini pada hakikatnya merupakan parasit yang menjadi perosak kepada sistem moral politik.

 

*Kolumnis adalah Pensyarah di Fakulti Pengurusan dan EkonomiUniversiti Pendidikan Sultan Idris