Nombor plat ‘MADANI 8481’ cecah RM26k, rupanya ada lagi satu nombor dapat bidaan tinggi juga!

Oleh MALAYSIADATELINE

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini membuka tawaran bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI dengan harga minimum bermula RM100 hingga RM20,000.

Selepas dibuka, orang ramai dikatakan tertumpu kepada nombor plat ‘MADANI 8481’ yang mendapat bidaan tertinggi pada harga RM26,666.

Manakala lagi dua nombor dengan bidaan tertinggi, masing-masing ditutup pada RM17,300 dan RM9,999.

‘MADANI 8481’ dilihat menyindir slogan kerajaan yang dipromosikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut portal MalaysiaNow, tawaran terakhir untuk ‘MADANI 8481’ berjaya dibuat hanya seminit sebelum proses bidaan ditutup pada jam 10 malam Rabu lalu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyerahkan nombor plat “MADANI 10” kepada Anwar sehari selepas bidaan dibuka.

Namun dua nombor plat mendapat perhatian ramai iaitu MADANI 8481 dan MADANI 47 dan umum tahu 8481 menyerupai perkataan ‘BABI’.

Manakala angka 47 pula merujuk kepada 47 pertuduhan rasuah yang pernah dikenakan terhadap timbalan Anwar, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan siapakah pemilik dua nombor plat berkenaan.

Baca juga: Pelanggan terkejut dicaj RM10 untuk air mineral, ini alasan diberi peniaga di Port Dickson