
Kenderaan dinaiki terhumban ke dalam longkang berhampiran kediamannya dalam kejadian tengah hari tadi.
Datuk Nooh Gadut ketika tiba di hospital untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan ringan di kepala dan dagunya. -Foto Fb Alwi Albakaniyy.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot cedera apabila kenderaan dipandunya terbabas lalu masuk ke dalam longkang berhampiran kediamannya di Nong Chik, Johor,hari ini.
Selain cedera di kepala, beliau turut menerima sembilan jahitan di bawah dagunya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kemalangan itu berlaku pada jam 1.37 petang tadi.
“Kenderaan jenis Mercedes Benz yang dipandunya terbabas ke dalam longkang bersebelahan kediamannya.
“Beliau dirawat di wad kecemasan Hospital KPJ Pakar Puteri dan menerima sembilan jahitan di bawah dagu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.
Nooh baharu sahaja dilantik menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan pada Khamis lalu.
Kenderaan dinaiki terhumban ke dalam longkang berhampiran kediamannya dalam kejadian tengah hari tadi.