Malaysia Dateline

Noor Hisham tegur imej Noh Salleh selamba hisap rokok di KLFW

Penyanyi Noh Salleh baru-baru ini menunjukkan contoh kurang baik apabila mempamerkan aksi pegang rokok di pentas peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) yang diadakan dalam sebuah acara pada minggu lalu.

Susulan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegur perbuatan tersebut kerana ia menunjukkan contoh tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama golongan muda.

“KKM memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.

“Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, bekas suami Mizz Nina ini pernah mencetuskan kontroversi menghisap rokok elektronik ketika ditemubual media dalam satu acara, bulan lalu.

Baca juga: Ikut belakang ambulans elak jem, Bezza penyebab ambulans lain tersangkut lepas gagal tukar lorong

Baca juga: Bolehkah Agong beri pengampunan diraja pada Najib Razak?