Noor Kumalasari dedah keadaan terkini Anita Sarawak buat ramai terkejut, “dah 10 tahun tak bercakap..”

Oleh KIM SYAZIE

Sekian lama menyepi dari dunia hiburan tanah air, siapa sangka sudah hampir 13 tahun penyanyi lagenda, Anita Sarawak menghilangkan diri.

Memilih untuk menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) bersama suami, Anita telah lama tidak berhubung dengan adiknya, Noor Kumalasari.

Hampir 10 tahun tidak berkomunikasi, akhirnya dua beradik itu diberi peluang untuk menjernihkan hubungan berkat bulan Syawal yang mulia.

Panggilan yang dinantikan saban tahun, detik pebualan mereka di pagi Hari Raya Aidilftri itu dikongsikan Kumalasari baru-baru ini.

“Memang saya sangat merindui Kak Nita. Inilah berkat bulan Syawal yang mulia apabila doa dimakbulkan Allah. Alhamdulillah.

“Dapat juga saya berbual dengan Kak Nita, bergelak ketawa, usik mengusik dan berkongsi pelbagai cerita selama setengah jam,” katanya.

Tidak lagi aktif berkarya di luar negara, penyanyi yang berusia 71 tahun itu kini menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Menurut Kumalasari, pelantun lagu popular, ‘Seksis’ itu belum mengenakan hijab dan masih mengekalkan penampilan yang sama.

Di usia senja, Anita dapat menjalani hidup yang tenang bersama suaminya, Mahathir Abdullah kerana tidak lagi terikat dengan tuntutan kerja.

Baca juga: Dah macam harga sebuah kereta, ini aiskrim paling mahal dalam dunia