Malaysia Dateline

Nor Hisham Dahalan dilantik Datuk Bandar KL yang baharu

Bekas Presiden Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Nor Hisham Dahalan dilantuk sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Nor Hisham menerima surat pelantikan berkenaan pada 28 September, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad, menurut laporan The Malaysian Insight.

“Beliau adalah Nor Hisham. Saya telah menyerahkan surat lantikan berkenaan,” kata Khalid menurut laporan itu.

Nor Hisham akan menggantikan Amin Nordin Abd Aziz yang meletakkan jawatan 1 September lalu.

Nor Hisham berkhidmat dengan MPSJ dari 2014 hingga 2017. Sebelum itu beliau adalah Pegawai Daerah Gombak.

Beliau mempunyai 37 tahun pengalaman dalam pelbagai agensi negeri dan persekutuan, termasuk Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Sekretariat Negeri Selangor dan Kementerian Wilayah Persekutuan.