Malaysia Dateline

Nora nafi kahwin dengan Annuar Musa

Penyanyi bersuara lunak, Nora Ariffin menafikan beliau berkahwin dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Ini berikutan tular di media sosial Annuar Musa berkahwin dengan penyanyi kesayangan ramai dari Kelantan itu.

“Saya tergelak juga bila membacanya, tapi dalam masa sama perkara itu sangat-sangat tidak masuk akal.

“Saya buat keputusan untuk mengabaikannya kerana itu hanyalah gosip semata-mata, tidak pernah berlaku apa yang dikhabarkan,” tegas Nora kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Sebelum itu, anak penyanyi itu tampil menafikannya.

Ini berikutan tular berita kononnya Annuar yang sedang popular melawan bos beliau dalam Umno itu telah berkahwin dengan Nora.

“Tahniah @AnnuarMusa kerana memiliki ‘Datuk’ yang istimewa. Dah berkepak kabom. Patut garang bebenor sekarang. I like…hummm..Aummmm…!!!” bunyi ciapan di Twitter yang kini tular di merata media sosial terutama Whatsapp itu.

Ekoran itu, anak sulong Nora, Mohd Syakir Iman Johan menafikan dakwaan itu menerusi ciapan beliau di Twitter.

“Kepada semua peguam, ini dianggap satu fitnah? Baru bertanya kepada seorang ahli keluarga saya.

“Jika pengguna itu menyatakan bahawa Tan Sri Annuar Musa telah berkahwin dengan Datuk Nora, tolong kemukakan bukti atau memang kerja dia fitnah murahan,” tulis Mohd Syakir.