Malaysia Dateline

Noraini, tolong fokus bantu mahasiswa hadapi Covid-19

Pandemik Covid-19 memberi impak yang cukup besar buat setiap lapisan masyarakat apatah lagi golongsn mahasiswa yang cukup terkesan dengan tindakan flip-flop Menteri Pengajian Tinggi, Dr Noraini Ahmad yang membuat keputusan saat akhir hingga menyebabkan ramai golongan mahasiswa terkandas di kampus tanpa bantuan dari pihak universiti.

Oleh itu, kami dari Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) menggerakkan inisiatif Bantuan Keperluan Kendiri (BKK) yang terdiri daripada barang keperluan diri seperti sabun, berus gigi, tuala wanita dan lain-lain. Ramai di kalangan mahasiswa cukup terkesan akibat keputusan flip flop menteri malah kebajikan mereka juga sehingga saat ini terabai.

Oleh itu, kami akan bantuan ini akan diberikan sepanjang tempoh PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) terutamanya bagi pelajar-pelajar golongan B40.

Setakat ini pihak MKM baru sahaja melancarkan program ini di 2 buah universiti iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)dan Universiti Malaya (UM).

Namun begitu, pihak kami juga akan terus melebarkan bantuan ini di universiti-universiti atau kolej swasta yang lain juga seluruh Malaysia jika diizinkan.

Saya mewakili mahasiswa UKM juga ingin menyuarakan isu yuran mahasiswa seperti yuran perpustakaan, yuran penginapan dan sebagainya yang seharusnya tidak patut dikenakan cas kepada mahasiswa kerana sepanjang PKPB ini pelajar hanya menghadiri kelas online dan tidak menggunakan kemudahan ini.

Ada di antaranya tinggal di rumah dan meneruskan pembelajaran melalui online sahaja jadi atas dasar apa pihak pentadbiran universiti atau kolej swasta ingin mengenakan cas terhadap kemudahan-kemudahan yang tidak digunakan oleh pelajar sepanjang tempoh PKPB ini?

Saya amat terkilan dengan sesetengah pengurusan pihak Universiti atau kolej swasta yang tidak bertimbang rasa terhadap golongan pelajar yang masih tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Pihak pentadbiran dan pengurusan universiti seharusnya sama-sama meringankan beban mahasiswa bukannya meletakkan tekanan tambahan buat golongan ini.

Saya tidak pasti apa tindakan Menteri Pengajian Tinggi dalam isu yuran ini, seharusnya beliau boleh menyuarakan isu bagi pihak mahasiswa seluruh Malaysia yang terkesan semenjak penularan wabak Covid19 ini.

Saya memohon semua pihak yang menguruskan isu pelajar khususnya Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini dupaya fokus dan dapat membantu golongan mahasiswa yang tersepit akibat krisis global ini.

————————-

Penulis adalah Timbalan Pengerusi Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM)