Malaysia Dateline

Norhizam sertai PN, Melaka bakal dapat KM baharu

Terkini Adun Pengkalan Batu (DAP) Datuk Norhizam Hassan Baktee, dilaporkan menyertai Perikatan Nasional di Negeri Melaka setelah Pakatan Harapan tumbang dengan perubahan kerajaan pusat.

Dengan penyertaan Norhizam Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka tumbang hari ini dan bakal diambilalih oleh gabungan politik baharu Perikatan Nasional.

Ini susulan Kerajaan PH di Melaka tidak mendapat sokongan tiga wakil rakyat Bersatu (Teluk Mas dan Paya Rumput, PKR (adun Rembia) dan DAP untuk membolehkan terbentuknya gabungan kerajaan baharu.

“Secara rasminya, kerajaan PH Melaka tidak berfungsi, kita BN akan ambilalih kerajaan dan diumumkan setiausaha kerajaan negeri tidak lama lagi,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Raof Jusoh dalam sidang media BN di Melaka hari ini.

Raof yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno berkata, pelantikan ketua menteri yang baharu juga akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kesemua 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kini bergabung dengan empat lagi Adun dari Bersatu, PKR  dan DAP di negeri itu untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional di negeri itu.