Malaysia Dateline

Nota: Reaksi “Bossku” vs Jawapan Saya

1. Ada beberapa pihak minta saya ulas keputusan kes ini (lampiran). Maaf jika nak ulas secara serius, takut terlalu panjang sangat.

2. Oleh itu, saya hanya nak coret santai santai je apa yang YB Pekan A.K.A “Bossku” kata selepas YA Hakim putuskan kes itu semalam.

PERTAMA, REAKSI YB : Keputusan mahkamah semalam itu telah berjaya “membersihkan” nama saya dari segala tuduhan yang tidak berasas dan tidak terbukti (baseless and unproven accusations)

Baiklah, JAWAPAN SAYA : kita andaikan, untuk tujuan berhujah, katakanlah kenyataan YB itu betul dan tidaklah ada yang betul melainkan betul belaka (walaupun jelas salah dan mengarut).

Maka saya, dengan menggunakan 100% logika hujah YB tersebut (tak lebih dan tak kurang), nak bertanya sikit lah ya.

“Mai habaq sikit kat kami semua, yang masa Mahkamah Tinggi KL sebelum ini telah sabitkan YB BERSALAH di dalam kes anak syarikat 1MDB (SRC International) yang melibatkan TUJUH (7) pertuduhan jenayah iaitu

– JENAYAH SALAH GUNA KUASA (abuse of power),

– JENAYAH PECAH AMANAH (breach of trust), dan

– JENAYAH PENGGUBAHAN WANG HARAM (money laundering)

– dan YB telah pun DIHUKUM 12 TAHUN PENJARA dan DENDA RM120 JUTA,

– Yang keputusan tu lagu mana ya?

– Bukankah ia juga keputusan Mahkamah dan ada hubungan dengan isu 1MDB?

– Adakah ia tidak berasas dan tidak terbukti juga kah?

– Bukankah pada masa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur putuskan yang YB telah BERSALAH (guilty as charged), Mahkamah juga kata kesemua tujuh (7) pertuduhan ke atas YB itu telah BERJAYA dibuktikan TANPA KERAGUAN MUNASABAH (beyond reasonable doubt)?

So, macam mana ya? Tak mahu spin ke macam YB punya nalla spin la ni?

KEDUA , REAKSI YB : Keputusan semalam adalah satu kejayaan besar dan segala tuduhan yang dakwa saya adalah PEROMPAK dan PENYANGAK adalah satu fitnah yang jahat (a malicious defamation) dan tidak berasas sama sekali.

Baiklah..ini JAWAPAN SAYA : Mudah je, pi tolong tanya sikit kat barisan peguam handal YB

– Adakah keputusan kes saman perlucutan (forfeiture suit) semalam tu ada kena mengena ke dengan isu YB bersalah atau tidak bersalah bagi pertuduhan jenayah (kes pertuduhan jenayah 1MDB lain yang YB juga sedang dibicarakan) .

By the way, yang YB kena dakwa kes jenayah tentang kes 1MDB sahaja ada berapa ya? Maaf, lupa lah!

Gini ya YB..Mai saya bantu sikit ya. Bab bersalah dan tidak bersalah itu melibatkan bab isu perbicaraan yang lain YB. Bukan bab keputusan saman semalam tu. Yang semalam itu hanya keputusan bab saman perlucutan hak yang bersifat “ancillary” kepada pertuduhan pokok.

Itu pun bila peguam YB minta wang RM114 juta itu dipulangkan kat YB, Mahkamah TAK BENARKAN !

Dalam bahasa orang kampung, keputusan kes yang semalam tu hanya kes cabang atau kes ranting sahaja bukan kes pokok. Comprende? (Ada faham kah?)

Hish sampai ranting dan pokok pun tak boleh nak beza, parah tu YB!

KETIGA, REAKSI YB : Keputusan semalam itu membuktikan bahawa segala tuduhan kesat (harsh) ke atas saya seperti label PEROMPAK dan PENYANGAK adalah tidak berasas dan satu fitnah yang jahat.

JAWAPAN SAYA : Baiklah. Senang je..Jika YB rasa kemenangan kes semalam itu telah berjaya “membersihkan” imej dan reputasi YB dari tuduhan yang kesat dan fitnah yang jahat, saya juga ingin bagi YB “a free legal advice” .

YB pun tahu siapa yang istiqamah kata YB tu adalah PEROMPAK dan PENYANGAK dan ianya bukan disebut sekali, tetapi banyak kali diulang.

Apalagi? Berbekalkan keputusan Mahkamah semalam tu, YB mintalah para peguam YB yang handal tu failkan saman fitnah kat orang yang tuduh YB PEROMPAK dan PENYANGAK tu!

Amacam, ada berani?

والله اعلم


Penulis adalah MP Sepang dan bekas timbalan menteri (Undang-undang).