Nothing To Hide 2.0: Polis tahan 14 suspek

Nothing To Hide 2.0: Polis tahan 14 suspek

Polis mengedarkan fotofit lapan lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku pada program Nothing To Hide 2.0, 13 Ogos lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata antara lelaki yang dicari ialah Muhammad Hafiz Azhar, 29, Mohd Hafiz Azit, 28, dan Donney Afzal Kaspullidzan, 25.

“Justeru, pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu terbabit untuk berhubung terus dengan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-5520 2222 bagi membantu siasatan.

“Mereka juga boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes ASP Yong Meng Heng di talian 019-5753399,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

{loadposition myposition}

Katanya sehingga kini polis telah menahan 14 suspek di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Program Nothing to Hide 2.0 anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlangsung di Dewan Raja Musa, Seksyen 7, Shah Alam bertukar kecoh apabila dicemari insiden balingan kasut, kerusi, botol air serta suar daripada beberapa individu yang hadir sehingga mencetuskan panik dan berlaku kejadian bertumbuk sesama sendiri.

Kekecohan berlaku kira-kira 5.10 petang ketika Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad sedang menjawab soalan berhubung tragedi Memali di Baling, Kedah pada September 1985.

Susulan itu, seramai tiga remaja berusia 17 hingga 19 tahun ditahan pada hari kejadian.

CATEGORIES
TAGS