Nufam serah dua MoU kepada kementerian bantu 6,000 bekas pekerja Mas

Nufam serah dua MoU kepada kementerian bantu 6,000 bekas pekerja Mas

Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Sumber Manusia dan Menteri Pengangkutan bagi menggesa agar kedua-dua kementerian berkenaan membantu 6,000 pekerja yang diberhentikan oleh Malaysia Airlines (Mas), tahun lepas.

Memorandum berkenaan diserahkan Presidennya Ismail Nasaruddin kepada Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia Meor Hafizan Abdul Ghani di Kompleks D, Putrajaya semalam.

Ismail berkata pihaknya telah dimaklumkan bahawa beberapa pekerja Mas yang diberhentikan telah dizalimi dan tidak menerima faedah pemberhentian sebagaimana dijanjikan oleh Mas mengikut apa yang dipersetujui.

“Sebahagian daripada mereka dibayar kurang daripada RM500. Semalam, saya telah dimaklumkan bahawa seorang individu telah dibayar RM100 bagi pampasan. Ini amat membimbangkan.

“Kedua-dua kementerian telah berjanji untuk menjaga kebajikan pekerja, mencari pekerjaan yang sesuai dan memastikan mata pencarian mereka dijaga,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan.

COMMENTS

Wordpress (0)