Malaysia Dateline

Nujum Pak Belalang versi Tebuk Atap

1. Dalam filem Nujum Pak Belalang arahan al-marhum Tan Sri P. Ramlee, ada adegan soal jawab teka teki antara dua Tok Nujum Negara.

Ada 4 soalan awal dan salah satu soalannya .. “Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Hang Tuah ( هع تواه ), di kerisnya kah atau di tenaganya kah?”

Tok Nujum Pak Belalang menjawab “kekuatan Datuk Hang Tuah terletak pada huruf ت.”.

Bila ditanya kenapa, maka dijawab:-

“Cuba huruf ت itu ditukar dengan huruf ب , Datuk (Tok Nujum Negara Masai) kenal dengan Datuk Hang Tuah?.” (bila tukar ke huruf ب akan jadi Hang Buah)

2. Itu versi Nujum Pak Belalang yang dulu. La ini di zaman Nujum Pak Belalang Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT, oleh kerana ada orang-orang agama yang hebat kat dalam Gomen tu, mungkin versi teka-tekinya dah berubah kerana ada pengaruh Arab.

3. Katakan ada satu scene teka-teki antara Tuan Penasihat PM dan lawannya. Lebih kurang begini scenenya.

Tuan Penasihat PM:  Di manakah terletaknya kekuatan ضرورات ( DARURAT)? di Parlimen kah atau di Perdana Menteri kah?

Tok Nujum: Ada dua jawapan,Tuan Penasihat. Yang pertama, pada tiga huruf iaitu” D.A.R”.Cuba kita buang tiga huruf tersebut, apa yang tinggal?

Tuan Penasihat PM: Yang tinggal “URAT”.

Tok Nujum: Tuan Penaaihat setuju dengan saya ada beza besar antara DARURAT dan URAT bukan? Saya harap Tuan Penasihat tidak sakit urat mendengar jawapan ini.

Tuan Penasihat PM: Baiklah. Apa jawapan yang kedua.

Tok Nujum: Oleh kerana Tuan Penasihat tahu dan fasih bahasa Arab, hamba ingin kata bahawa kekuatan ضرورات juga terletak pada dua hurufnya iaitu huruf ض dan huruf ر.

Penasihat: Apa buktinya, wahai Tok Nujum yang bijaksana?

Tok Nujum: Baiklah, katakan kita buang huruf ض dan huruf ر dan kita ganti dengan tiga huruf baru iaitu huruf قاذ. Maka ia akan berbunyi قاذورات. Tuan Penasihat sudah tentu maklum makna قاذورات bukan?  Bukankah ia bermakna SAMPAH atau KOTORAN atau GARBAGE bukan?

Tuan Penasihat PM: Benar Tok Nujum…قاذورات itu maknanya SAMPAH atau KOTORAN!

Tuan Penasihat to PM: Maaf, Tan Sri, saya rasa Tok Nujum ni Ahli PAN dan dia ni “barua” DAP, Tan Sri. Ini semua salah DAP, Tan Sri !

Relax and Enjoy ya. Don’t worry, be happy !