Nurul Hidayah jiwa kacau, wajar minta maaf bukan ‘spin’ isu, kata Nufam

Nurul Hidayah jiwa kacau, wajar minta maaf bukan ‘spin’ isu, kata Nufam

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid sepatutnya memohon maaf dan bukannya memutarbelitkan (spin) isu mengatakan layanan kru kabin Mas pula tidak bagus dalam status instagram terkininya semalam.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) Ismail Nasarudin berkata, isu sebenar adalah kutukan Nurul Hidayah kepada kru kabin wanita Mas yang disifatkannya sebagai tua.

“Apakah sebab beliau mengkritik pekerja kru kabin wanita Mas dan beranggapan mereka semua tua-tua sedangkan beliau menaiki Air Asia ketika post di Instagram.

“Dalam post terkini dia kata pula layanan servis Mas tidak bagus juga tetapi bila masa pulak dia menaiki Mas dan tahu sendiri servis mereka tidak bagus?

“Ini bagi saya satu spin atau alasan dari mengelakan daripada tuduhan dan kenyataan dia sebelum ini, sebenarnya telah menyakitkan hati paramugari Mas,” ujarnya kepada Malaysia Dateline melalui WhatsApp.

Ismail NasaruddinKata Ismail lagi, Nurul Hidayah telah memulakan tohmahan di dalam Instagram dan sebenarnya beliau bukan mengalami masalah isu layanan atau masalah sikap dari pekerja kru kabin Mas.

“Mungkin ketika itu jiwanya kacau. Walau bagaimanapun kami merasakan dia seolah tidak mengaku dia tidak seharusnya mengunakan kenyataan yang tidak positif terhadap kru kabin Mas apabila menyedari status dimuat naik itu tidak disenangi kru kabin Mas,” ujarnya.

Justeru itu Ismail menyarankan Nurul Hidayah supaya menulis surat kepada syarikat penerbangan itu jika tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima.

“Bukannya marah pekerja yang tidak bersalah ini. Dalam pos terbarunya, masih lagi mengunakan ayat ‘ghost crew’ merujuk kepada kru kabin yang mengecam beliau dalam Instagramnya.

“Dia patut lebih bersikap waras dalam hal berkomunikasi kerana beliau adalah seorang ketua bahagian komunikasi sebuah syarikat. Ini memang sudah nampak beliau tidak cekap dalam hal komunikasi.

Nur Hidayah dalam status terbaru instagram terus mengkritik kru kabin Mas“Saya berpendapat dia patut tukar profesyen dan menjadi seorang pengkritik laman sosial saja. Sikap tidak merasa kecewa langsung malah menunjukan sikap yang sangat egoistik sebagai seorang anak kepada Timbalan Perdana Menteri negara kita,” kesal Ismail.

Beliau turut meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dapat menasihati anaknya supaya pandai menjaga hati rakyat dan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh dianggap sebagai ‘tidak cerdik’.

“Mungkin beliau perlu didikan lebih dalam hal komunikasi di laman sosial. Memohon maaf dan tutupkan isu tersebut adalah paling sesuai bagi pendapat saya,” tegas Ismail lagi.

TAGS