Nurul Izzah, Faiz tewaskan pesaing di Permatang Pauh dan Permatang Pasir

Nurul bersama Norlela(kiri sekali), Faiz dan Afif di pusat penjumlahan undi IKBN Berapit.

Pakatan Harapan (PH) telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dan tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, Penanti dan Seberang Jaya.

Pengumuman yang dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Permatang Pauh, Mohd Ali Safran di Insitiut Kemahiran Belia Negara, Berapit, Bukit Mertajam, pada jam 12.30 malam menyaksikan Nurul Izzah Anwar berjaya memperolehi sebanyak 35,534 undi

dengan mengalahkan calon Pas, Afnan Hamimi Taib Azamuddeen yang memperolehi sebanyak 14,428 undi.

Manakala calon BN, Datuk Mohd Zaidi Said berjaya mendapat sebanyak 19,866 undi.

Sementara itu yang keluar mengundi adalah sebanyak 86.04 peratus.

Untuk kerusi Dun Permatang Pasir, Faiz Fadzil menang dengan mendapat sebanyak 9,708 undi setelah menewaskan calon Pas Fauzi Yusof yang memperolehi sebanyak 6,727 undi dan calon BN, Anuar Faisal yang hanya mendapat sebanyak 4979 undi.

Peratus yang keluar mengundi pada kali ini bagi Dun Permatang Pasir adalah sebanyak 87.03 peratus.

Bagi Dun Penanti pula, calon PH, Dr Norlela Ariffin berjaya mendapat sebanyak 8,221 undi dengan mengalahkan calon Pas, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang mendapat undi sebanyak 4,791 undi.

Suhaimi Sabudin daripada BN pula hanya berjaya memperolehi sebanyak 5,277 undi.

Jumlah yang keluar mengundi bagi Dun Penanti adalah sebanyak 86.04 peratus.

Untuk Dun Seberang Jaya pula, Dr Afif Bahardin telah berjaya mendapat sebanyak 16,014 undi dengan mengalahkan calon Pas, Ahmad Rafaei A.Rashid yang memperolehi sebanyak 5,540 undi.

Calon BN Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin tewas apabila hanya mendapat sebanyak 8,593 undi.

Peratus yang keluar mengundi bagi Dun Seberang Jaya adalah sebanyak 85.08 peratus.

CATEGORIES