Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Nurul Izzah turun dengar bantahan tambak tiga pulau buatan

Nurul Izzah turun dengar bantahan tambak tiga pulau buatan

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON Foto WAN ZAHARI WAN SALLEHJuly 11, 2019 3:34 pm




Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar merasakan orang ramai mempunyai hak untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap projek penambakan tiga pulau buatan di perairan selatan Pulau Pinang.

Izzah berkata, projek tambak laut itu bukan sahaja akan menjejaskan penduduk nelayan di negeri itu, malah sekitar Perak dan Kedah turut mengalami kesannya.

“Jadi, inilah sebab mengapa kita berada di sini. Kita akan mendengarnya secara terperinci dari memorandum tersebut.

“Dalam hal ini, kami rasa penting buat mereka untuk menyuarakan bantahan kerana projek pembangunan tersebut bakal memberi impak kepada mereka,” katanya.

Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik menyatakan pendiriannya menentang sebarang usaha sekiranya projek berkenaan bakal mengancam alam sekitar.

“Secara umum, mana-mana projek yang buruk kepada alam sekitar, kita memang tak akan setuju. Kita menentang sebarang usaha yang merosakkan alam sekitar,” tegasnya.

Hari ini satu himpunan menyerahkan memorandum bantahan menolak projek mega penambakan tiga pulau di selatan Pulau Pinang telah diadakan oleh Forum Pulau Pinang, di hadapan Parlimen.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Penang Forum, Khoo Salma Nasution berkata, petisyen bantahan yang telah dimuatnaik pada 10 Mei lalu telah mengumpulkan sebanyak 45,000 tandatangan sokongan.

“Petisyen yang disokong kuat ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang salah tentang pembangunan fizikal di Pulau Pinang.

“Kami merayu kepada Perdana Menteri dan Majlis Perancangan Fizikal Negara untuk memberi keutamaan kepada pemuliharaan alam sekitar, terutamanya bukit-bukit dan lautan, serta menolak penambakan selatan Pulau Pinang,” ujar Khoo Salma lagi.

Difahamkan himpunan protes nelayan membantah penambakan laut hari ini paling besar pernah diadakan di Parlimen.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production