Nurul Izzah turut dihalang memasuki Sarawak pagi tadi

Nurul Izzah turut dihalang memasuki Sarawak pagi tadi

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai telah dilarang masuk melalui satu notis tidak membenarkan beliau masuk oleh pihak Imigresen sebaik tiba di lapangan terbang Miri sekitar 9.35 pagi, lapor Borneo Post.

Beliau yang merupakan pengarah pilihan raya PKR telah membuat permohonan bertulis kepada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem melalui satu surat bertarikh 29 April lalu.

“Saya selaku pengarah pilihan raya PKR memohon pihak YAB Tan Sri menarik semula arahan larangan untuk saya masuk ke Sarawak,” tulis Nurul dalam surat itu.

Notis tidak benar masukBeliau turut menyatakan dalam fasa proses pilihan raya negeri yang sedang berlangsung adalah tidak wajar sekatan terhadap pengarah pilihan raya dilakukan.

“Demi menyuburkan semangat demokrasi, saya memohon agar sekatan tersebut di tarik semula,”tulis beliau.

Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, beliau tidak akan menghantar permohonan rasmi kepada pentadbiran Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem memohon lanjutan untuk beliau tinggal lebih hari di Sarawak.

Beliau berkata pasukan undang-undang DAP akan mempertimbangkan untuk mencabar penyalahgunaan kuasa imigresen oleh Adenan.

“Saya tidak mempersoalkan kuasa Sarawak untuk menghalang orang dari datang. Saya mahu mencabar penyalahgunaan kuasa dan akan membawanya mengemukakannya selepas pilihan raya.” ujarnya.

Sarawak tidak boleh mengenakan larangan kemasukan terhadap individu yang mahu berada di negeri itu bagi tujuan aktiviti politik yang sah.

“Kami mempunyai calon yang bertanding di sini dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah menerima calon-calon kita; aktiviti politik kami adalah 100 peratus sah. “

DAP Sarawak mempunyai 31 calon yang bertanding pada pilihan raya negeri ke-11 kali ini.

TAGS