Malaysia Dateline

Nyanyian membakar semangat Siti Nurhaliza untuk Harimau Malaya

Dalam membakar semangat Harimau Malaya, Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyampaikan sebuah lagu buat pasukan negara agar dapat memenangi perlawanan pada malam ini menentang Vietnam.

Video berdurasi 33 saat itu menjadi tular di media sosial melalui akaun Instagram Siti Nurhaliza @ctdk dengan lagu popular penyokong tegar skuad negara, Ultras Malaya berjudul “Ekor Harimau Sejati”.

Pasukan Harimau Malaya bakal berentap di final Piala AFF Suzuki 2018 pada pertemuan pertama menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.

Perlawanan akhir kedua akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam Sabtu ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dijangka turut hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan itu bersama-sama kira-kira 80,000 rakyat Malaysia.

Tonton video di sini: