Malaysia Dateline

Nyawa politik Mahiaddin kini terletak pada Umno

Mesyuarat MKT Umno dalam talian dijangka akan diadakan petang ini dikira penting. Ia akan memusatkan kepada kedudukan ahli parlimennya yang enggan mengikut keputusan parti yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Semua Ahli Parlimen Umno sudah diarah supaya menarik sokongan kepada Mahiaddin.
Apa yang mungkin berlaku, MKT Umno akan memejam mata kali ini untuk bertindak tegas kepada mana-mana Ahli Parlimen yang degil mematuhi kehendak PAU dan kelihatan sudah mahu sehidup semati dengan Mahiaddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

MKT tidak akan berlembut dan akan bertegas mungkin ada yang akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti.

Diperkirakan juga mesyuarat MKT petang ini akan menentukan apakah Mahiaddin masih kekal sebagai perdana menteri atau pun tidak.

Mengikut sains politiknya, jika Umno bertegas menolak Mahiaddn sebagai Perdana Menteri, ia boleh menyebabkan Mahiaddin akan berakhir dengan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Penantian hari ini semua rakyat mahu melihat Mahiaddin berundur tanpa mengira siapa yang akan menggantinya. Dan mesyuarat MKT Umno boleh dianggap sebagai penantian dan harapan akhir orang ramai termasuk ahlinya kepada parti Melayu itu.

Sesungguhnya nyawa politik Mahiaddin kini terletak kepada Umno yang masih memberi sokongan kepadanya dengan berhelah disebalik sokongan kerajaan PN.