Malaysia Dateline

‘Ohh rupanya dekat Sea of Galilee pada 2019, kecohlah mamat ni buat fitnah’

“Ohh rupanya kat Sea of Galilee 2019, kecohlah mamat ni buat fitnah,” kata seorang aktivis media sosial apabila mendapat tahu bahawa bendera Malaysia dan Israel di sebuah kapal berlaku pada tahun 2019 lalu bukannya video baru.

Ia dimuat naik ke Facebook pada 7 Januari 2020 oleh sekumpulan pelawat dari Malaysia yang masuk ke Sea off Galilee di Bukit Golan yang kebetulannya dalam wilayah Israel.

Peta kedudukan Sea of Galilee

Menurut catatan yang dibuat melalui Nota Umrah DIY itu, mereka terkejut apabila sebelum perjalanan bermula di atas kapal itu, kapten kapal telah memainkan lagu Negara Ku dan menaikkan bendera Malaysia.

Turut dimainkan adalah Selawat ke atas Nabi dan lagu-lagu Islamik sepanjang perjalanan di laut Galilee itu.

Sekarang ini tersebar video para peserta trip ini menyanyikan lagu Negara Ku sambil Jalur Gemilang dinaikkan bersebelahan dengan bendera Israel.

Ia disebarkan ketika fitnah berleluasa kononnya kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bekerjasama dengan Israel.

BACA JUGA Tuduh Anwar ejen Israel, Bukit Aman buka kertas siasatan terhadap Hadi