Malaysia Dateline

OMG, YB Duta Khas terkucil ke masuk 404?

1. Saya difahamkan kenyataan YB Duta Khas melalui medium Twitter ni telah dipadamkan.

Tetapi yang hairan dan ajaibnya kenyataan yang sama sehingga malam tadi masih disiarkan oleh media rasmi parti ehem (lihat sebelah, tetapi telah ditukar sikitlah).

2. Saya tak pasti apa yang YB Duta Khas PM Tebuk Atap ini cuba nak tonjolkan. Nak kata “saya ini expert dalam sejarah” ke?”.

Jika expert sekalipun, cara tu tak kena YB. (Vatican City State telah ditubuhkan pada 29 Februari 1929)

Maaf, jika saya kata, patutlah orang ramai takut jika parti ehem jadi gomen. Depa ni main “sondol” semacam je!

3. Whatever lah YB , tapi saya nak habaq sikit..jika boleh ditafsirkan nasihat lah.

“Wahai YB Duta Khas, YB tu bukan Pak Teh Semang kat mana-mana kampung di Terengganu. Sebaliknya, YB tu adalah seorang Duta Khas PM -tak kira lah PM cap atau tebuk apa pun – , jadi YB kena tahulah, paling kurang, asas ilmu diplomasi ya. Cuba pi cari buku buku kecil fasal ” Diplomacy for Dummies”, lepas tu pi baca dan bagi khatam dulu ya..”

4. Mungkin YB boleh cari dan tanya Cikgu PA (Datuk Mustafa Ali) misalnya untuk ajar YB ilmu asas tu.

5. Saya rasa YB mesti pernah dengar frasa masyhur ini.. .تفقهوا قبل ان تسودوا.. “belajar /bagi faham (mendalam) sebelum nak memimpin”

PM Tebuk Atap tak rasa apa-apa ke?