Nak berniaga ni bukan senang, selain modal yang banyak terpaksa juga hadap orang busuk hati, pantang nampak berjaya sedikit, mulalah nak sabotaj.
Kalau setakat berlaga mulut tu tak apa juga, ini tidak, minta pertolongan dengan ‘sesuatu’ agar mata orang tertutup.
Ini bukan kes biasa, artis yang buka kedai pun alami benda sama, pening kepala nak jawab panggilan pelanggan kenapa tak buka sedangkan diri ada dekat kedai.
Seorang pengguna TikTok @c_bongsu77 yang menjual kuih muih tradisional akui lelah menjawab pertanyaan pelanggan kenapa lama tutup kedai.
“Nasib kami peniaga tepi jalan ni, hari-hari tak habis, pelanggan telefon kata tak buka sedangkan kita ada dekat depan kedai.
“Tiga bulan benda ni jadi, ada yang kata kedai tutup seminggu, khemah ada tapi orang tak ada. Kesianlah orang berniaha nak cari rezeki.
“Ada pula orang hati hitam, kalau berniaga sama sekalipun tak perlu tengok siapa laku dan siapa tak habis makanan.
“Bukannya rezeki awak datang dekat kami, macam manalah ada terfikir nak dengki sampai tahap ini ya,” luahnya di TikTok.
Rata-rata pengikutnya mengakui sering melihat kedai tersebut tutup malah mencadangkan kedai mereka memasang ayat al-Quran.
“Patutlah dah berapa bulan tengok kuih talam Kak Tie kerap tak habis. Tak macam sebelum tiga bulan tu, dulu meriah
“Kuih talam tu ke, dekat sangat dengan blok saya tapi selalu lalu nampak khemah kosong. Selalu lepas beli nasi mesti singgah sini tapi kedai tak buka.
“Kak boleh beli radio kecik tu untuk pasang ayat al-Quran, buat setiap kali berniaga, dulu kawan saya pun kena benda sama,” antara komen pengguna TikTok.
Baca juga: Inti ayam tak seberapa, wanita kecewa kedai jual ‘chicken wrap’ dah tak jaga kualiti lepas popular