Malaysia Dateline

Operasi pembersihan Selangor selesai 100 peratus

Operasi pembersihan mega di lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor siap 100 peratus hari ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Bagaimanapun operasi pasca banjir akan tetap diteruskan sehingga 16 Januari depan.

“Operasi pembersihan telah selesai bagi kesemua lapan kawasan di bawah pentadbiran PBT berkenaan.

“Terima kasih buat semua petugas agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, pihak PBT, KDEB Waste Management, sukarelawan, pihak NGO dan orang awam,” ciapnya di Twitter.

Sementara itu dalam hantaran berasingan di Facebook, Amirudin berkata sebanyak hampir 80,000 tan sampah telah dikutip dan dibersihkan.

Fasa seterusnya akan dilaksanakan bagi membersihkan saki baki sampah serta pembersihan longkang dan kawasan sekitar