Malaysia Dateline

OPR naik 0.25 peratus kepada 2.75 peratus

Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan sebanyak 25 mata asas lagi kepada 2.75 peratus pada mesyuarat kali terakhirnya bagi tahun ini.

Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia itu menyaksikan kenaikan kali keempat berturut-turut tahun ini bermula Mei, Julai dan September lalu.

Lapor BH, kenaikan itu masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Peningkatan kali keempat secara berturut-turut itu juga adalah pertama kali sejak penanda aras kadar faedah pinjaman tempatan itu diperkenalkan pada 2004.

Ekoran kenaikan terbaharu itu, kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.00 peratus dan 2.50 peratus.