Malaysia Dateline

PDRM

Ops Pintas-Atipsom Kontinjen Kedah berjaya tahan 17 PATI

Op Pintas Atipsom oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada 26 November telah berjaya menahan tiga buah kenderaan yang dipandu oleh tiga lelaki tempatan di Plaza Tol Hutan Kampung arah selatan.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Dato Mohd Roze Shaari dalam kenyataan media beliau hari ini berkata, hasil pemeriksaan polis keatas ketiga-tiga kenderaan mendapati terdapat pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam kenderaan terbabit.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan terdapat 12 orang PATI perempuan warganegara Myanmar dan 5 orang lelaki warganegara yang sama dalam lingkungan usia antara 21 hingga 44 tahun tanpa dokumen perjalanan yang sah.

” Manakala ketiga-tiga pemandu warganegara tempatan yang ditawarkan sebagai ‘transporter’ turut ditawarkan upah sebanyak RM200 bagi setiap PATI yang dibawa oleh ejen.

” Polis turut merampas ketiga-tiga buah kenderaan dan kes disiasat dibawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Pemerdagangan Migran 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujar beliau.

Katanya lagi, tangkapan direman dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012(SOSMA).