Ops Yaman 2 bahayakan keselamatan Malaysia

Ops Yaman 2 bahayakan keselamatan Malaysia

Timur tengah, itupun dipandang dari sudut Barat, merupakan sebuah kawasan yang telah menampakkan begitu banyak konflik sejak jatuhnya Tembok Berlin pada 1989.

Sekiranya bukan Saddam Hussein yang menyerang Kuwait pada 1989, terjadi pula Arab Saudi, serta United Arab Emirates (UAE), Mesir dan Bahrain yang menyekat ekonomi Qatar pula. Ini tidak termasuk pengebomban Yaman yang bertubi-tubi dilakukan sekutu Arab Saudi.

Dalam keadaan sebegini, maka wajiblah Malaysia mengambil peranan utama untuk mengamankan keadaan di Asia Barat (sekiranya kawasan itu dipandang dari perspektif Malaysia serta ASEAN).

Namun mantan Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussin pula menyongsangkan keadaan yang genting di sana terutamanya Yaman.

Sepatutnya, Malaysia tidak harus bersepakat dengan Arab Saudi dan sekutunya, kerana berdasarkan prinsip berkecuali, yang memang menjadi pedoman serta pegangan Dasar Luar Malaysia, Malaysia tidak harus berkecimpung dalam hal-hal yang boleh memudaratkan keadaan keamanan Malaysia serta di dunia.

Dari segi “peacekeeping,” Malaysia memang mempunyai peranan penting di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), sejak rusuhan di Congo pada tahun 1960s lagi, dimana tentera Malaysia merupakan salah satu kontingen PBB yang paling dihormati.

Biar di Bosnia atau Lebanon, kontingen Angkatan tentera Malaysia turut mengharumkan nama baik negara sehingga kini. Di Somalia, kontingen Angkatan Tentera Malaysia yang menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang dimaktubkan dalam buku ” Black Hawks Down” pada 1989. “Black Hawks Down” turut dijadikan sebuah filem yang amat terkenal di seluruh dunia.

Namun, kerana rasa rendah diri kontingen Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia, yang pada masa itu masih di bawah naugan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad tidak menghebohkan perkara ini.

Namun pihak tertinggi Pakistan, yang turut berada di Somalia, tahu betapa berani dan adilnya pasukan “peacekeeping” Malaysia yang berfungsi di bawah PBB.

Hishamuddin Hussin langsung tidak mempedulikan legasi Kementerian Pertahanan Malaysia, malah keselamatan Malaysia.

Dengan secara senyap, dan sulit, dia pula yang masukkan batalion Malaysia ke dalam kancah peperangan yang sudah mengamuk sehingga berjuta-juta rakyat Yaman merana.

Langkah Hishamuddin sebenarnya harus dihadapkan ke Mahkamah Tentera (court martial). Masa cuma menanti adakah Hishamuddin dan anak buahnya harus menghadapi keputusan ini memandangkan betapa bahaya dan beratnya kesalahaan ketenteraan ini.