Ajak orang asing bergambar, rupanya anak yatim nak merasa ada ibu bapa

Oleh KIM SYAZIE

Mencipta kenangan, sesi bergambar di Hari Raya Aidilfitri adalah acara menggembirakan dan kadangkala mengundang tawa seisi keluarga.

Namun tidak bagi seorang gadis apabila dia tidak dapat menahan rindu berpanjangan yang kian lama tersimpan di dada. 

Bergelar anak yatim piatu, gadis itu turut menyimpan hasrat untuk bergambar dengan ibu bapa di pagi Syawal.

Gadis itu kemudian memberanikan diri meminta izin dari warga emas yang tidak dikenalinya di Masjid Sendayan untuk bergambar bersama.

Kehendaknya dituruti, gadis yang dikenali sebagai @ka_mht di laman Twitter itu gembira dapat menumpang kasih dengan ibu bapa orang lain.

Seperti keluarga sebenar, wanita itu kemudian berkongsi kenangan manisnya itu di akaun Twitternya dan turut berterima kasih kepada mereka.

“Terima kasih pakcik dan makcik. Tolong abaikan muka cebik saya. Saya tak tahu ni mak bapa siapa. Aku secara rawak minta izin nak bergambar dengan mereka. 

“Nak rasa bergambar dengan mak ayah di pagi raya. Dengan anak-anak mereka sekali menangis,” tulis gadis itu di laman Twitter.

Rata-rata rakyat Malaysia terharu dengan perkongsian gadis itu dan setakat ini ciapannya telah ditonton lebih sejuta kali oleh pengguna Twitter.

Baca juga: Pergh! Tak sangka telefon ‘chokia’ pun terjual dengan harga RM20,000