Orang Asli Islam terus diberi perhatian

Aminolhuda Hassan (dua dari kanan) menyampaikan replika kunci rumah kepada penerima orang asli Islam di Kampung Peta Mersing Johor.

Sememangnya orang asli adalah suatu golongan yang jarang-jarang diberikan perhatian oleh umum masyarakat di negara ini.

Perkara itu menjadi tanggungjawab kepada kepimpinan Aminolhuda Hassan yang merupakan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam negeri Johor untuk memberi pengkhususan dalam memberi perhatian kepada Orang Asli.

Aminolhuda dalam program ‘ziarah mesra dan penyerahan rumah bantuan masyrakat Orang Asli Islam’ berkata, tumpuan kebajikan terhadap orang asli khususnya yang beragama Islam amatlah penting.

Dalam program tersebut, sebanyak 5 unit rumah telah diserahkan kepada keluarga Orang Asli Islam oleh Aminolhuda dan Jabatan Agama Islam negeri Johor (Jaij).

“Objektifnya atas dasar melindungi kebajikan orang asli beragama Islam yang tidak diberi perhatian sedangkan mereka juga adalah saudara seIslam kita dan ia perlu diberi perhatian.

“Dengan adanya bantuan seperti ini, kita mahu Orang Asli Islam juga tidak merasa terpinggir walaupun mereka tinggal bersama-sama majoriti bukan Islam,” ucap beliau.

Selain itu, Aminolhuda yang merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor berkata, objekif partinya selama ini adalah pembinaan agama Islam dan program tersebut selari dengan matlamat parti itu.

“Objektif program ini bersesuaian dengan apa yang dibawa oleh parti kami dan ia dapat disalurkan selepas AMANAH bersama-sama Pakatan Harapan menerajui negeri ini.

“Tidak ketinggalan, kami juga akan menyalurkan bantuan kepada seluruh mereka yang memerlukan tanpa menggira latar belakang dan ia akan berjalan secara konstruktif,” ujarnya.

Program tersebut turut dihadiri oleh, Muhammad Fuad Radzuan, Pengarah JAIJ, Ma Buranuddin Tibek, Timbalan Pengarah Operasi Jaij, Haironnazli Esa, Timbalan Pengarah JAIJ, Badri Ismail Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) Johor.

7.3
OVERALL SCORE
: 7.0
2 user votes x 7.5
CATEGORIES
TAGS